TERMA & SYARAT PERTANDINGAN PUSH BIKE

(Untuk acara di bawah operator luar yang menggunakan platform pendaftaran Push Bike Pro – Versi Ringkas 2025)

1. PENDAFTARAN & BAYARAN

  • Pendaftaran hanya sah selepas bayaran disahkan sepenuhnya.
  • Pendaftaran boleh ditutup lebih awal jika kuota peserta telah dipenuhi.
  • Tiada pendaftaran diterima selepas format perlumbaan dikeluarkan oleh pihak operator pertandingan.
  • Semua pendaftaran tertakluk kepada caj perkhidmatan sistem sebanyak 5%.
  • Peserta antarabangsa (bukan warganegara Malaysia) akan dikenakan caj tambahan sebanyak 7% daripada jumlah yuran.

Caj 5% ini meliputi kos sistem pendaftaran, pemprosesan bayaran serta penghantaran notifikasi & penyusunan data peserta. Caj ini membantu memastikan proses pendaftaran berjalan lancar & efisien.

2. MAKLUMAT PESERTA

  • Semua maklumat peserta hendaklah diisi dengan betul dan tepat.
  • Penyertaan boleh dibatalkan jika maklumat didapati palsu, tidak lengkap, atau tidak sah.
  • Pertukaran peserta atau slot tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada operator pertandingan.
  • Peserta wajib berlumba dalam kategori umur yang telah ditetapkan oleh operator.
  • Melangkau kategori umur tanpa kebenaran tidak dibenarkan dan boleh dibatalkan.

3. JENIS BASIKAL & KESELAMATAN

  • Basikal wajib jenis push bike (balance bike) tanpa pedal, rantai, atau brek.
  • Saiz tayar maksimum ialah 12 inci. Untuk kategori khas seperti Strider 14x, hanya model tersebut dibenarkan digunakan.
  • Peserta wajib memakai helmet. Sarung tangan dan pelindung adalah digalakkan.
  • Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab memastikan basikal dan kelengkapan selamat digunakan.
  • Operator berhak menolak penyertaan jika peralatan tidak selamat atau tidak sesuai.

4. ATURCARA DI TREK

  • Hanya pelumba dibenarkan berada di dalam trek semasa perlumbaan.
  • Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan masuk dengan arahan marshal.
  • Sebarang bantuan luar seperti menolak, mengangkat, atau memberi arahan fizikal adalah tidak dibenarkan.
  • Sebarang gangguan, halangan atau tindakan tidak adil terhadap peserta lain boleh menyebabkan penalti atau pembatalan penyertaan (DSQ).

5. HADIAH & PENYAMPAIAN

  • Hadiah hanya diberikan kepada pemenang yang hadir semasa sesi penyampaian.
  • Jika peserta pulang awal, hadiah boleh diambil oleh wakil yang sah.
  • Jika tiada wakil, hadiah boleh dituntut terus daripada operator dalam tempoh yang ditetapkan.

6. TANGGUNGJAWAB & RISIKO

  • Keselamatan peserta dan penjaga sepanjang acara adalah tanggungjawab sendiri.
  • Sebarang kecederaan, insiden atau kehilangan barangan adalah di bawah risiko peserta/penjaga.

7. HAK PENGANJUR & KEPUTUSAN

  • Operator berhak menggunakan gambar/video sepanjang acara untuk tujuan promosi dan dokumentasi.
  • Keputusan juri dan operator pertandingan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

8. NOTA PENTING

Format perlumbaan, kategori, susunan peserta dan pengendalian teknikal acara adalah di bawah tanggungjawab penuh operator pertandingan masing-masing.

Push Bike Pro hanya bertindak sebagai penyedia platform pendaftaran & pengumpulan data peserta. Pihak kami tidak terlibat secara langsung dalam pelaksanaan atau pengurusan acara.

Dengan menyertai acara ini, peserta dan penjaga dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di atas.

DIKEMASKINI PADA 13 JULAI 2025

Scroll to Top