GARIS PANDUAN PERTANDINGAN PUSH BIKE 2025

Garis Panduan Pertandingan Push Bike 2025

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN PUSH BIKE 2025

SILA BACA DENGAN TELITI
Garis panduan ini disediakan oleh Push Bike Pro Malaysia untuk memastikan keselamatan, keselesaan, dan kelancaran pertandingan. Dengan mendaftar, peserta dan penjaga bersetuju mematuhi semua perkara berikut.

1. SYARAT PENYERTAAN & KELAYAKAN BASIKAL

1.1 Jenis Basikal Dibenarkan

  1. Push bike / balance bike tanpa pedal.
    Direka khusus untuk melatih keseimbangan kanak-kanak, mengurangkan risiko tercedera akibat pedal yang tidak digunakan.
  2. Semua jenama dan model diterima.
    Tiada sekatan jenama agar semua peserta dapat menyertai tanpa kekangan kos atau jenama tertentu.
  3. Lebar maksimum handlebar: 470 mm dengan grip penuh; tiada hujung terbuka atau tajam.
    Lebar terhad memastikan kawalan basikal lebih stabil dan selamat untuk kanak-kanak.
  4. Dilarang komponen berbahaya (aksesori tajam, berlebihan, dsb.).
    Aksesori tidak standard boleh menjejaskan kestabilan basikal dan membahayakan diri sendiri serta peserta lain.

1.2 Modifikasi & Komponen Tambahan

Komponen Dibenarkan Tidak dibenarkan
Spacer / stem Jumlah lebar handlebar ≤ 470 mm Jumlah lebar handlebar > 470 mm
Grip tape / bar-end Kemas dan tidak longgar Bar-end terbuka atau tajam
Pelindung bolt Wajib jika bolt/skru terkeluar Bolt tanpa pelindung
Seat laras Dibenarkan
Tip keselamatan: Elakkan pelekat glitter atau loceng longgar yang boleh tertanggal di tengah berlumba.

1.3 Tayar

  • Bunga tayar jelas; tidak haus atau licin.
  • Bebas objek tajam.
  • Jenis tayar (angin, padat, foam) dibenarkan mengikut kesesuaian permukaan trek.

1.4 Pemeriksaan Pra-Perlumbaan

Kru teknikal akan memeriksa basikal di pintu masuk trek untuk memastikan semua spesifikasi dipenuhi.

  • Gagal pemeriksaan → diberi 5 minit untuk pembetulan isu (contoh: tayar kurang angin, skru longgar).
  • Masih gagal selepas 5 minit → DNS (Did Not Start).

1.5 Syarat Khas

  • Bahan frame tertentu (contoh: aloi tanpa karbon) akan dimaklumkan lebih awal jika diperlukan.
  • Penganjur berhak menolak basikal yang dianggap membahayakan.

2. PAKAIAN & PERALATAN KESELAMATAN (WAJIB)

2.1 Peralatan Wajib

Item Syarat Minimum
Helmet Saiz tepat; full-face digalakkan
Kasut sukan bertutup Tapak anti-slip
Sarung tangan Half-finger atau full-finger
Padding lutut & siku Wajib dipakai sebelum masuk trek

2.2 Pakaian Disarankan

  • Baju berlengan panjang & seluar panjang terutama untuk peserta <4 tahun.
  • Kain sintetik ringan dan cepat kering membantu pengudaraan.
  • Jersi rasmi pasukan dibenarkan.

2.3 Larangan

  • Pakaian terlalu longgar yang mudah tersangkut pada komponen basikal.
  • Aksesori besar atau tajam seperti rantai leher.
  • Topeng muka penuh untuk <5 tahun.

2.4 Pemeriksaan

Kru akan memeriksa kelengkapan sebelum peserta memasuki trek.

  • Gagal lengkap → diberi 5 minit untuk pembetulan.
  • Masih gagal → DNS/DQ (Disqualified).

3. PENGESAHAN KEHADIRAN PESERTA

3.1 Masa Pendaftaran

Kaunter dibuka 30 minit sebelum acara bermula.

Peserta mesti menyelesaikan pengesahan kehadiran ≥ 15 minit sebelum moto pertama.

Lewat daftar → DNS.

3.2 Pemeriksaan Keselamatan

Diperiksa Masa Baiki
Helmet / padding / kasut 5 minit
Basikal (grip/bolt) 5 minit

Gagal selepas tempoh → DNS moto berkenaan.

3.3 Tanggungjawab Penjaga

  • Pastikan peserta berada di waiting zone apabila dipanggil.
  • Penganjur tidak akan menunggu peserta lewat.

4. KESELAMATAN, TANGGUNGJAWAB PENJAGA & KELAKUAN PESERTA

Keselamatan peserta: Tanggungjawab penjaga; pasukan perubatan sedia rawatan ringan jika diperlukan.

  • Kehadiran penjaga:
    • Kategori 2 tahun: Penjaga dibenarkan menemani (pimpin, tidak menolak) pada Moto 1–3.
    • Kategori ≥ 3 tahun: Sokongan dari luar trek sahaja.
  • Etika penjaga: Patuh arahan kru & Enforcer; dilarang menolak/menarik peserta lain.
  • Tingkah laku peserta: Patuh Red Zone; dilarang tukar lorong atau menghimpit peserta lain.

5. PERATURAN TAPAK PERTANDINGAN

  • Kawasan larangan: Trek & Red Zone sahaja untuk kru & peserta.
  • Rakaman dron/profesional memerlukan kelulusan bertulis.
  • Walkie-talkie di antara penjaga & peserta tidak dibenarkan.
  • Peralatan penonton hanya dibenarkan di kawasan ditetapkan; laluan kecemasan mesti dikosongkan.

6. SUSUNAN LAYOUT TREK

Reka bentuk trek disesuaikan mengikut tapak (lurus, zig-zag, bukit kecil).

Zon Utama:

  • Starting Zone: Titik permulaan dengan grid nombor petak.
  • Red Zone: 2–5 m di permulaan & penamat; tukar lorong dilarang.
  • Finishing Zone & Cooling Zone: Garisan penamat & kawasan rehat.

Paparan pelan trek sekurang-kurangnya 30 minit sebelum moto pertama; boleh diubah mengikut cuaca/keselamatan.

7. PROSES PENGADILAN & KEPUTUSAN RASMI

Ketua Enforcer: Memastikan perlumbaan adil; keputusan muktamad.

Rakaman rasmi: Hanya kamera photo-finish & video rasmi diterima sebagai bukti.

Situasi luar jangka: Keputusan berdasarkan keselamatan & pertimbangan Ketua Enforcer.

8. PERUBAHAN & PINDAAN PERATURAN

  • Hak penganjur: Boleh meminda peraturan bila-bila masa.
  • Notifikasi perubahan:
    • Perubahan besar: Diumumkan ≥ 24 jam lebih awal melalui laman rasmi & emel.
    • Pindaan kecil: Diumum semasa taklimat atau oleh emcee di lokasi.
  • Kepatuhan: Semua peserta & penjaga wajib mematuhi kemas kini terkini.

9. HAK PENYIARAN & MEDIA

  • Penganjur boleh guna foto & video rasmi untuk promosi.
  • Rakaman komersial/siaran langsung memerlukan kelulusan bertulis.
  • Rakaman penonton dibenarkan selagi tidak mengganggu peserta/kru.

10. PENUTUP & KONTAK

Semoga panduan ini membantu menjayakan pertandingan dengan selamat dan ceria.

Maklum Balas: Email: pushbikepro@gmail.com atau talian rasmi 019-332 9269.

Terima kasih atas kerjasama semua peserta, penjaga, dan pihak berkepentingan dalam menjayakan acara Push Bike Pro Malaysia.

KOD ETIKA PENJAGA

1. Tanggungjawab dan Peranan Penjaga:

Keselamatan Peserta:

  • Menyediakan dan memastikan peserta dalam keadaan sihat dan bersedia untuk berlumba.
  • Memastikan peralatan keselamatan (helmet, sarung tangan, padding) dipakai dengan betul dan sempurna.
  • Memastikan basikal dalam keadaan baik dan selamat sebelum perlumbaan bermula.

Sokongan Moral:

  • Memberikan galakan positif dan motivasi kepada peserta tanpa tekanan yang berlebihan.
  • Menerapkan semangat kesukanan kepada peserta.

2. Larangan dan Tingkah Laku Semasa Perlumbaan:

Larangan Menolak atau Menarik Peserta:

  • Penjaga tidak dibenarkan menolak, menarik, atau mengganggu peserta semasa perlumbaan.
  • Kategori 2 tahun (Moto 1 dan Moto 2 dan Moto 3 sahaja): Penjaga hanya dibenarkan berada di hadapan peserta untuk membimbing, bukan menolak.
  • Separuh Akhir dan Final: Penjaga tidak dibenarkan memasuki trek.

Menghormati Kru dan Enforcer:

  • Penjaga mesti menghormati semua keputusan Enforcer dan kru pertandingan.
  • Sebarang bantahan atau pertanyaan harus disampaikan secara tertib dan profesional melalui saluran rasmi selepas perlumbaan.
  • Menghalang kru atau Enforcer semasa bertugas adalah dilarang sama sekali.

Kelakuan Tidak Wajar:

  • Penjaga dilarang mengganggu peserta lain sama ada secara lisan atau fizikal.
  • Sebarang bentuk penderaan lisan, ancaman, atau tingkah laku agresif terhadap peserta lain, penjaga lain, atau petugas adalah dilarang.
  • Menghina, mengejek, atau menjerit kepada peserta lain adalah larangan keras.
  • Merosakkan harta benda di kawasan pertandingan akan dikenakan tindakan undang-undang.

3. Adab dan Tindakan di Kawasan Perlumbaan:

Kawasan Perlumbaan:

  • Penjaga mesti berada di kawasan yang telah ditetapkan dan tidak memasuki trek tanpa kebenaran kru pertandingan.
  • Penjaga hanya dibenarkan membantu di zon permulaan dan kawasan pendaftaran sahaja.
  • Dilarang melintas trek semasa perlumbaan berlangsung.

Penggunaan Bahasa:

  • Gunakan bahasa yang sopan dan positif sepanjang pertandingan berlangsung.
  • Elakkan kata-kata kesat atau yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.

Kerjasama dengan Pihak Kami:

  • Penjaga digalakkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kami dalam memastikan pertandingan berjalan lancar.

4. Bantahan dan Pertanyaan:

Prosedur Bantahan:

  • Sebarang bantahan mesti dikemukakan dalam masa 10 minit selepas perlumbaan tamat melalui saluran rasmi yang disediakan.
  • Bantahan harus disampaikan secara tertib dan bertulis kepada Ketua Enforcer.
  • Rakaman video rasmi pihak kami sahaja akan diterima sebagai bukti sah.

Pertanyaan Berkaitan Peraturan:

  • Sebarang pertanyaan mengenai peraturan atau keputusan perlumbaan harus dilakukan selepas pertandingan, bukan semasa perlumbaan berlangsung.

5. Tindakan dan Penalti Jika Melanggar Kod Etika:

Kesalahan Pertama:

  • Amaran lisan oleh Enforcer pertandingan.

Kesalahan Kedua:

  • Penalti 3 mata kepada peserta di bawah jagaan penjaga tersebut.

Kesalahan Ketiga:

  • Peserta akan dikeluarkan daripada perlumbaan.

Kesalahan Berat (Contoh: Keganasan atau Penderaan):

  • Penjaga akan dihalang daripada menyertai pertandingan dan peserta di bawah jagaan mereka dikeluarkan serta-merta.
  • Penggantungan penyertaan selama 3 bulan daripada sebarang pertandingan anjuran Push Bike Pro Malaysia.

6. Pengiktirafan dan Galakan Positif:

Penjaga Terbaik:

    • Pihak kami boleh memberikan penghargaan khas kepada penjaga yang menunjukkan semangat kesukanan, disiplin, dan kerjasama sepanjang pertandingan.
    • Kod etika ini bukan hanya bertujuan mengenakan penalti tetapi juga untuk menggalakkan penjaga menjadi role model kepada peserta lain.

Penutup:

Kod etika ini diwujudkan untuk memastikan suasana pertandingan yang positif, selamat, dan profesional untuk semua pihak. Dengan mematuhi kod etika ini, penjaga bukan sahaja membantu peserta berkembang tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti push bike yang sihat dan harmoni.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pihak Kami.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

SEMASA BERADA DI PINTU PERMULAAN:

1. Persediaan Sebelum Perlumbaan:

Semua peserta mesti bersedia 5 minit lebih awal sebelum kategori mereka bermula.

Moto 1 dan Moto 2 akan dijalankan secara berturut-turut tanpa rehat panjang.

Rehat 3 minit akan diberikan selepas:

Moto 1 sebelum Moto 2 bermula.

Moto 2 sebelum separuh akhir (semi-final) bermula.

Separuh akhir sebelum pusingan final bermula.

2. Kehadiran Peserta di Pintu Permulaan:

Emcee akan memanggil nama peserta sebanyak 3 kali sebelum Moto 1, Moto 2, separuh akhir, dan final bermula.

Jika peserta tidak hadir selepas panggilan ketiga, peserta tersebut akan dikategorikan sebagai:

DNS (“Did Not Start”) – Peserta tidak memulakan perlumbaan.

Peserta yang dikategorikan sebagai DNS akan dikenakan penalti 2 mata.

3. Nombor Petak Permulaan:

Semua peserta mesti bermula di nombor petak yang telah ditentukan dalam format pertandingan.

Tiada undian atau pertukaran petak dibenarkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Susunan petak peserta:

  • Mengikut tarikh (bergantung pada jenis pertandingan).
  • Peserta yang lahir awal bulan/tahun akan berada di barisan hadapan.
  • Peserta yang lahir akhir bulan/tahun akan berada di barisan belakang.

4. Kehadiran Penjaga di Pintu Permulaan:

Setiap peserta dibenarkan dibantu oleh seorang penjaga sahaja di kawasan permulaan.

Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):

  • Penjaga dibenarkan masuk ke dalam trek dan membimbing peserta dari hadapan.
  • Separuh akhir dan final: Penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam trek.

Kategori 3 Tahun ke atas:

  • Penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam trek pada bila-bila masa.

Apabila emcee memberi arahan “bersedia”:

  • Penjaga tidak dibenarkan menyentuh peserta.
  • Penjaga mesti turun dan keluar dari pintu permulaan dan berada sekurang-kurangnya 1 meter di belakang peserta.
  • Semasa lagu permulaan dimainkan, penjaga tidak dibenarkan bercakap atau memberi arahan kepada peserta sehingga pintu permulaan dibuka.

5. Kedudukan dan Teknik Permulaan:

Semua peserta mesti mematuhi peraturan berikut di pintu permulaan:

Tiga titik utama bersentuhan dengan pintu permulaan:

  1. Mata peserta selari di atas roda hadapan.
  2. Roda hadapan menyentuh pintu permulaan.
  3. Roda belakang berada di atas permukaan litar.

Peserta tidak dibenarkan bergerak atau memulakan tolakan sebelum pintu permulaan dibuka sepenuhnya.

6. Kesalahan di Pintu Permulaan:

Jika peserta:

Tidak mematuhi kedudukan tiga titik, atau

Melepaskan roda hadapan sebelum pintu terbuka sepenuhnya:

  • Perlumbaan tidak akan diulang.
  • Peserta yang melakukan kesalahan akan diberikan amaran rasmi (amaran pertama).
  • Kesalahan berulang (lebih dari 2 kali):
    • Penalti 3 mata akan dikenakan kepada peserta tersebut.
  • Jika kesalahan berulang 3 kali, peserta boleh disingkirkan daripada pusingan tersebut.

7. Perlanggaran dan Himpitan dalam Lorong:

Perlanggaran atau himpitan dalam lorong semasa pelepasan tidak akan menyebabkan perlumbaan diulang.

Tindakan Penalti:

  • Kesalahan Pertama: Peserta diberikan amaran rasmi.
  • Kesalahan Kedua (berulang): Peserta akan dikenakan penalti tambahan 3 mata.
  • Kesalahan Ketiga: Penalti tambahan 5 mata dan peserta boleh disingkirkan daripada perlumbaan jika menyebabkan kecederaan atau gangguan serius kepada peserta lain.

8. Peserta Terjatuh di Pintu Permulaan:

Jika peserta jatuh atas kesilapan sendiri semasa keluar dari pintu pelepasan atau ketika melepasi garisan lorong:

Perlumbaan akan diteruskan tanpa perlu ulangan.

Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):

  • Jika peserta terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, penjaga dibenarkan membantu peserta untuk meneruskan perlumbaan.
  • Separuh akhir dan final: Kru rasmi sahaja dibenarkan membantu, penjaga dilarang masuk trek.

Penambahan (BARU AKAN DATANG):

Rakaman Video:

  • Semua pintu permulaan akan dilengkapi dengan rakaman video untuk memastikan ketepatan dan bukti jika berlaku sebarang protes atau insiden.
  • Enforcer dan Kru:
    • Enforcer akan ditempatkan di pintu permulaan untuk memantau dan memastikan semua peserta mematuhi peraturan.

Pengulangan Moto:

Jika berlaku gangguan teknikal pada pintu permulaan, Moto 1 atau Moto 2 tersebut akan diulang semula tanpa penalti kepada mana-mana peserta.

Tindakan Amaran dan Penalti:

  • Kesalahan Pertama: Amaran rasmi diberikan kepada peserta.
  • Kesalahan Kedua: Penalti 3 mata.
  • Kesalahan Ketiga: Peserta disingkirkan daripada moto tersebut.

SELEPAS PELEPASAN KETIKA PINTU PERMULAAN DIBUKA:

1. Kehadiran Penjaga di Dalam Trek (Kategori 2 Tahun):

Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):

  • Penjaga dibenarkan masuk ke dalam trek dan membimbing peserta dari hadapan di sepanjang trek sehingga garisan penamat.
  • Semi Final dan Final: Penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam trek.

Kategori 2 Tahun (Semi Final dan Final):

  • Peserta harus beraksi sendiri tanpa bantuan penjaga di dalam trek.
  • Penjaga hanya dibenarkan berada di luar trek dan memberikan sokongan dari jauh.

Kategori Lain (3 Tahun ke atas):

  • Penjaga dilarang masuk trek dalam semua pusingan dan kategori.
  • Hanya kru pertandingan dibenarkan membantu peserta yang jatuh atau menghadapi masalah teknikal.

Tindakan Penalti:

Jika penjaga melanggar peraturan ini semasa kategori separuh akhir dan final, peserta di bawah jagaan mereka akan:

Diberikan amaran rasmi.

Penalti tambahan 3 mata jika kesalahan berulang.

Peserta boleh disingkirkan daripada perlumbaan jika kesalahan dilakukan lebih dari 2 kali dalam satu kejohanan.

2. Peraturan Lorong di Pintu Pelepasan:

Setiap petak pelepasan di pintu permulaan akan mempunyai garisan kuning atau merah yang menandakan lorong peserta.

Peserta tidak dibenarkan melepasi garisan lorong kiri dan kanan di petak masing-masing sekurang-kurangnya 1 meter dari pintu permulaan.

Peserta mesti keluar mengikut lorong masing-masing dan hanya boleh menukar lorong selepas melepasi garisan lorong sepenuhnya.

3. Perlanggaran dan Himpitan dalam Lorong (Tanpa Ulangan Perlumbaan):

Perlanggaran atau himpitan dalam lorong semasa pelepasan tidak akan menyebabkan perlumbaan diulang.

Tindakan Penalti:

  • Kesalahan Pertama: Peserta diberikan amaran rasmi.
  • Kesalahan Kedua (berulang): Peserta akan dikenakan penalti tambahan 3 mata.
  • Kesalahan Ketiga: Penalti tambahan 5 mata dan peserta boleh disingkirkan daripada perlumbaan jika menyebabkan kecederaan atau gangguan serius kepada peserta lain.

4. Peserta Terjatuh di Pintu Pelepasan:

Jika peserta jatuh atas kesilapan sendiri semasa keluar dari pintu pelepasan atau ketika melepasi garisan lorong:

Perlumbaan akan diteruskan tanpa perlu ulangan.

Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):

Jika peserta terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, penjaga dibenarkan membantu peserta untuk meneruskan perlumbaan.

Semi Final dan Final: Kru rasmi sahaja dibenarkan membantu, penjaga dilarang masuk trek.

Penambahan (BARU AKAN DATANG):

Rakaman Video:

  • Semua pelepasan di pintu permulaan akan dirakam untuk memantau perlanggaran dan membantu keputusan penalti.

Enforcer:

  • Enforcer akan ditempatkan di sepanjang zon pelepasan untuk memantau peserta dan memastikan tiada penjaga melanggar peraturan.

Contoh Situasi Penalti:

  1. Perlanggaran Ringan (Himpitan Lorong):
    Peserta A menukar lorong dan menghimpit Peserta B di pintu pelepasan.
    Keputusan: Amaran diberikan kepada Peserta A.
  2. Perlanggaran Berulang (2 Kali):
    Peserta A sekali lagi menghimpit peserta lain dalam pusingan seterusnya.Keputusan:
    Penalti 3 mata diberikan.
  3. Perlanggaran Serius (Kali Ketiga):
    Peserta A menyebabkan peserta lain terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.
    Keputusan: Penalti tambahan 5 mata dan peserta disingkirkan dari pertandingan.

Nota:

Peraturan ini bertujuan memastikan keselamatan dan disiplin peserta serta memberikan peluang adil kepada semua kategori umur, khususnya peserta yang lebih muda.

Jika terdapat keperluan khas atau perubahan semasa pertandingan, pihak kami berhak membuat keputusan muktamad.

SEMASA BERADA DI DALAM LITAR: 

1. Larangan Tindakan Agresif dan Tidak Adil:

Menghimpit (Pushing):

Peserta dilarang menghimpit peserta lain secara agresif untuk mendapatkan kelebihan.

Jika berlaku, peserta akan dikenakan:

    • Amaran pertama dan penalti +3 mata.
    • Kesalahan berulang: Penalti +5 mata dan amaran terakhir.
    • Kesalahan ketiga (berulang): Penarikan kemenangan atau diskualifikasi (DSQ).

Blocking (Menghalang Laluan):

Peserta tidak dibenarkan menghalang laluan peserta lain secara sengaja, terutama di selekoh atau kawasan memotong.

Penalti akan dikenakan seperti berikut:

  • Amaran pertama dan penalti +3 mata.
  • Kesalahan kedua: Penalti +5 mata dan amaran terakhir.
  • Kesalahan ketiga: Kemenangan ditarik balik.

2. Overshoot dan Pelanggaran Halangan:

Overshoot (Melebihi Laluan Selekoh):

Peserta yang tersasar laluan (overshoot) dan masuk semula secara berbahaya sehingga menyebabkan perlanggaran akan dikenakan:

  • Penalti +5 mata dan amaran rasmi.
  • Jika menyebabkan peserta lain terjatuh: Penalti +10 mata dan berisiko penarikan kemenangan.
  • Kesalahan kedua kali: Diskualifikasi (DSQ).

Pelanggaran Halangan (Kon/Palang):

Peserta dilarang melanggar kon atau palang dengan sengaja untuk mendapatkan kelebihan.

Jika peserta melanggar kon tanpa sengaja:

  • Peserta di belakang tidak dibenarkan mengambil jalan pintas.
  • Penalti jika melanggar halangan dengan sengaja:
    • +3 mata dan amaran pertama.
    • +5 mata untuk kesalahan berulang.

3. Cubaan Bahaya (Tindakan Sengaja Menoleh dan Menghimpit):

Peserta yang menoleh ke belakang secara sengaja dan cuba menghimpit peserta di belakang akan dikenakan:

  • +3 mata penalti dan amaran rasmi.
  • Kesalahan kedua kali: Penalti +5 mata dan risiko penarikan kemenangan.

TINDAKAN PENJAGA DI LITAR:

Penjaga dilarang memasuki atau menyeberangi litar semasa perlumbaan berlangsung.

Hanya kru rasmi dibenarkan membantu peserta yang terjatuh.

Jika penjaga menghalang atau membantu peserta tanpa arahan kru:

  • Peserta akan dikenakan penalti +5 mata.
  • Kesalahan kedua: Penalti +10 mata atau penarikan kemenangan.

KEPUTUSAN DAN PENALTI:

  1. Penarikan Kemenangan:
    Jika peserta menerima dua kali amaran dalam satu perlumbaan, kemenangan mereka akan ditarik balik.
    Kejadian serius yang menyebabkan peserta lain mengalami kecederaan akan menyebabkan diskualifikasi serta-merta.
  2. Diskualifikasi (DSQ):
    Diskualifikasi (DSQ) akan dikenakan sekiranya peserta melakukan kesalahan serius berulang kali.
    Tindakan yang dianggap tidak beretika dan membahayakan peserta lain.
  3. Proses Semakan:
    Rakaman rasmi sahaja akan digunakan untuk menentukan sebarang kesalahan.
    Protes hanya boleh dibuat dalam tempoh 10 minit selepas perlumbaan.

CONTOH PENGIRAAN PENALTI (2 PUSINGAN):

Senario:

  • Pusingan 1: Peserta B menghimpit peserta lain dan melanggar kon (2 kesalahan).

Penalti:

  • Menghimpit: +3 mata
  • Melanggar kon: +3 mata

Jumlah Keseluruhan (Pusingan 1):

  • Tempat ke-3 (3 mata) + 3 + 3 = 9 mata

Pusingan 2: Tempat pertama (1 mata) dan tiada kesalahan.

  • Jumlah akhir: 9 + 1 = 10 mata keseluruhan.

KELEBIHAN PENAMBAHAN INI:

Menggalakkan Keselamatan: Peserta lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa berlumba.

Keadilan: Semua peserta mempunyai peluang yang sama, dan sebarang tindakan tidak adil dikenakan penalti.

Pengurusan Perlumbaan Lancar: Tindakan penjaga dan peserta dikawal untuk memastikan pertandingan berjalan lancar dan profesional.

 

DI GARISAN PENAMAT:

1.Kehadiran Penjaga di Kawasan Garisan Penamat:

Penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan kru garisan penamat.

Mana-mana penjaga yang menghalang tugas kru garisan penamat akan menyebabkan peserta di bawah jagaan mereka diberikan amaran rasmi.

Zon larangan sejauh 3 meter dari garisan penamat akan ditetapkan untuk mengelakkan gangguan visual dan teknikal kepada kru dan kamera photo finish.

2. Zon 2-5 Meter Sebelum Garisan Penamat:

Peserta tidak dibenarkan menukar lorong di zon garisan penamat (2-5 meter terakhir) sehingga melepasi garisan penamat sepenuhnya.

Jika didapati menukar lorong sehingga menyebabkan perlanggaran atau gangguan kepada peserta lain:

Amaran rasmi akan diberikan, dan

Kemenangan peserta tersebut akan ditarik balik.

3. Penentuan Pemenang:

Pemenang akan dikira apabila tayar hadapan push bike yang ditunggang melepasi garisan penamat pertama.

Jika peserta tiba di garisan penamat serentak:

Rakaman kamera photo finish akan digunakan untuk menentukan pemenang.

Jika keputusan rakaman menunjukkan seri penuh, kedudukan peserta dalam pusingan sebelumnya akan digunakan.

Contoh: Jika Rider A mendapat tempat pertama dalam separuh akhir dan Rider B di tempat ketiga, Rider A akan diisytiharkan pemenang.

4. Keputusan Selepas Seri Penuh:

Jika tiada perbezaan dalam pusingan sebelumnya, peserta akan diarahkan untuk berlumba semula dalam satu pusingan tambahan.

Jika salah seorang peserta enggan berlumba semula, kemenangan akan diberikan kepada peserta yang ingin memulakan perlumbaan semula.

5. Rakaman Rasmi:

Hanya rakaman rasmi daripada kamera pihak kami yang akan digunakan dalam menentukan kedudukan peserta.

Rakaman peribadi daripada penjaga atau penonton tidak akan diterima dalam sebarang bentuk protes.

6. Status DNF (“Did Not Finish”):

Peserta yang tiba di garisan penamat tanpa menunggang push bike akan dikategorikan sebagai DNF (“Did Not Finish”) dan dianggap tidak menyelesaikan perlumbaan.

7. Arahan Keluar dari Trek:

Peserta hanya boleh keluar dari trek selepas menerima arahan rasmi daripada kru garisan penamat.

Jika penjaga mengeluarkan peserta sebelum arahan diberikan, penjaga dan peserta akan menerima amaran rasmi.

Zon Menunggu Keputusan (Cooling Zone):

  1. Lokasi Zon Menunggu:
    Selepas melepasi garisan penamat, peserta akan diarahkan ke zon menunggu (cooling zone) sementara keputusan rasmi diumumkan.
    Zon ini terletak sekurang-kurangnya 2-3 meter dari garisan penamat untuk memastikan tiada gangguan di kawasan kru.
  2. Peraturan di Zon Menunggu:
    Peserta perlu berada dalam keadaan teratur dan menunggu keputusan rasmi tanpa mengganggu peserta lain.
    Penjaga dibenarkan berada di zon ini, tetapi tidak boleh mengganggu kru atau memasuki kawasan larangan di garisan penamat.
  3. Tempoh Menunggu dan Protes:
    Keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa 1-2 minit selepas perlumbaan tamat.

Protes boleh dibuat dalam tempoh 10 minit selepas keputusan diumumkan.

Sebarang protes selepas tempoh 10 minit tidak akan dilayan, dan keputusan pertandingan adalah muktamad.

4. Cara Membuat Protes:

Protes boleh dikemukakan melalui borang digital atau secara langsung kepada Ketua Enforcer.

Hanya protes yang relevan dengan keputusan perlumbaan atau insiden di garisan penamat akan diterima.

Scroll to Top