TERMA & SYARAT PERTANDINGAN
KENDALIAN PUSH BIKE PRO 2026
SILA BACA DENGAN TELITI
Terma dan syarat ini terpakai kepada semua peserta dan penjaga yang mendaftar dalam pertandingan Push Bike anjuran Push Bike Pro. Dengan mendaftar dan mengambil bahagian, peserta dan penjaga dianggap bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
1. MAKLUMAT PENDAFTARAN
- Penjaga wajib mengisi semua butiran peribadi peserta dengan tepat, lengkap dan benar.
- Sebarang maklumat palsu, tidak lengkap, atau tidak tepat boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan serta-merta, termasuk penarikan semula hadiah kemenangan sekiranya telah diterima.
- Kategori Umur:
- Peserta wajib menyertai kategori umur yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Penentuan kategori adalah berdasarkan:
- Umur pada tarikh pertandingan, atau
- Tahun kelahiran mengikut format acara.
- Tidak dibenarkan mendaftar di kategori yang tidak layak, termasuk melangkau ke kategori lebih tinggi atau lebih rendah.
- Kategori Terbuka (jika disediakan) adalah tertakluk kepada had umur minimum dan maksimum.
- Tiada rayuan atau pertukaran kategori akan dilayan selepas pendaftaran disahkan.
- Pihak penganjur berhak untuk:
- Menyemak, mengesahkan, menolak atau menggugurkan penyertaan pada bila-bila masa.
- Membatalkan penyertaan sekiranya maklumat tidak selari dengan syarat atau peserta didapati berada dalam kategori yang salah.
- Meminta dokumen sokongan (contoh: MyKid/MyKad) bagi tujuan pengesahan umur peserta.
2. JENIS BASIKAL & KESELAMATAN
- Peserta wajib menggunakan basikal jenis push bike (balance bike) sahaja.
- Basikal tidak dibenarkan mempunyai pedal, rantai, brek atau sebarang sistem kayuhan.
- Saiz tayar maksimum yang dibenarkan adalah 12 inci ke bawah, kecuali bagi kategori khas yang dinyatakan oleh penganjur.
- Sebarang modifikasi yang dianggap memberi kelebihan tidak adil atau berbahaya boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
- Semua peserta wajib memakai helmet keselamatan sepanjang berada di kawasan trek.
- Peserta tanpa helmet tidak dibenarkan bertanding sama sekali.
- Sarung tangan serta pelindung lutut/siku adalah sangat digalakkan bagi mengurangkan risiko kecederaan.
- Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab memastikan basikal dan peralatan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.
- Penganjur berhak menolak atau menghalang penyertaan jika peralatan didapati tidak selamat atau tidak mematuhi syarat.
- Kategori Khas (jika disediakan):
- Bagi kategori seperti Strider 14x, peserta wajib menggunakan basikal yang ditetapkan khusus untuk kategori tersebut.
Nota Penting: Keselamatan peserta adalah keutamaan. Penganjur berhak menghalang mana-mana peserta daripada bertanding sekiranya tidak memenuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan.
3. YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN GOODIES
- Yuran penyertaan yang telah dibayar adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan.
- Semua transaksi tertakluk kepada caj perkhidmatan sebanyak 5% bagi tujuan pengurusan sistem, pemprosesan bayaran dan penyusunan data peserta.
- Peserta antarabangsa (bukan warganegara Malaysia) akan dikenakan caj tambahan sebanyak 7% daripada jumlah yuran.
- Peserta yang telah mendaftar layak menerima:
- Goodies Bag
- Baju Pertandingan (jika dinyatakan tersedia)
- Medal Finisher
- Nombor Plate Peserta
- Pengurusan barangan bagi peserta yang tidak hadir:
- Menghantar wakil untuk pengambilan, atau
- Memohon penghantaran melalui pos (kos tambahan dikenakan).
- Permintaan penghantaran mesti dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pertandingan.
- Kegagalan membuat tuntutan dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan barangan dianggap lupus dan tidak boleh dituntut semula.
- Saiz baju dan barangan adalah tertakluk kepada ketersediaan stok, terutamanya bagi pendaftaran lewat.
Nota Penting: Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak hadir, tanpa mengira sebarang sebab. Penganjur tidak bertanggungjawab atas kegagalan mengambil barangan dalam tempoh yang ditetapkan.
4. PENJUALAN DAN PERTUKARAN SLOT
- Peserta tidak dibenarkan menjual, memindahkan atau menukar slot tanpa kebenaran bertulis daripada penganjur.
- Jika berlaku pemindahan tanpa kebenaran:
- Peserta pengganti tidak dibenarkan bertanding.
- Penyertaan asal akan dibatalkan serta-merta.
- Pertukaran slot rasmi hanya dibenarkan sehingga 15 hari sebelum tarikh pertandingan.
- Tiada sebarang pertukaran dibenarkan selepas tempoh tersebut.
- Pertukaran slot pada hari pertandingan adalah tidak dibenarkan sama sekali, termasuk memberi slot kepada peserta lain walaupun hadir di lokasi.
- Slot yang telah disahkan adalah milik peserta asal dan tidak boleh dipindahkan atau diganti dengan mana-mana peserta lain tanpa kelulusan rasmi penganjur.
Nota Penting: Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak hadir, tanpa mengira sebarang sebab. Mohon pastikan komitmen sebelum membuat pendaftaran.
5. PENDAFTARAN DAN PENALTI PENDAFTARAN
- Pendaftaran dibuka dalam beberapa fasa:
- Early Bird: Harga diskaun tertakluk kepada tempoh masa atau kuota terawal yang ditetapkan.
- Normal Registration: Kadar yuran penuh selepas tamat tempoh Early Bird.
- Late Registration: Dikenakan penalti tambahan RM10 dan hanya dibuka dalam tempoh 3–5 hari sebelum tarikh tutup pendaftaran, tertakluk kepada kekosongan slot.
- Pendaftaran boleh ditutup lebih awal sekiranya kuota peserta telah dipenuhi.
- Penganjur berhak menutup pendaftaran pada bila-bila masa bagi tujuan penyediaan format perlumbaan dan pengurusan acara.
- Setelah format perlumbaan dikeluarkan, tiada lagi pendaftaran akan diterima walaupun masih terdapat kekosongan slot.
- Pendaftaran hanya dianggap sah selepas bayaran berjaya disahkan sepenuhnya.
- Penganjur berhak menolak mana-mana pendaftaran yang tidak memenuhi syarat atau tidak selari dengan keperluan acara.
Nota Penting:
- Saiz baju bagi pendaftaran lewat adalah berdasarkan baki stok dan tiada jaminan saiz pilihan.
- Semua pendaftaran adalah tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara penuh pihak penganjur.
6. PENAMBAHAN DAN PENGURANGAN SLOT
- Jumlah slot peserta adalah bergantung kepada format perlumbaan dan jumlah penyertaan yang diterima.
- Penganjur berhak untuk menambah atau mengurangkan slot tanpa notis awal bagi memastikan kelancaran pengurusan acara.
- Slot tambahan boleh dibuka berdasarkan keperluan pertandingan, permintaan penaja atau penyelarasan format perlumbaan.
- Format perlumbaan akan ditentukan oleh pihak penganjur berdasarkan kesesuaian pertandingan, termasuk jumlah penyertaan dan keperluan acara.
- Format yang digunakan boleh melibatkan sistem seperti:
- Moto 3 (3 pusingan kelayakan), atau
- Elimination Round Style (saringan ke pusingan seterusnya).
- Segala penentuan format, jumlah slot dan struktur perlumbaan adalah di bawah budi bicara penuh penganjur.
Nota Penting: Semua perubahan berkaitan slot dan format perlumbaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur dan tidak boleh dipertikaikan.
7. PERNIAGAAN, KEBERSIHAN DAN PENGURUSAN TAPAK
- Tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan, promosi atau jualan di tapak pertandingan tanpa kebenaran bertulis daripada penganjur.
- Pemasangan khemah, banner, flag atau sebarang struktur adalah tertakluk kepada kelulusan rasmi penganjur.
- Semua peserta, penjaga dan pengunjung wajib menjaga kebersihan dan ketenteraman kawasan sepanjang acara berlangsung.
- Sebarang kerosakan, kekotoran atau gangguan yang berpunca daripada peserta atau pihak berkaitan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.
- Penganjur berhak menanggalkan, menghentikan atau mengarahkan penyingkiran mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan tapak.
Nota Penting: Penganjur berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang pelanggaran, termasuk pembatalan penyertaan atau arahan keluar dari kawasan acara.
8. PENUNDAAN TARIKH, PERUBAHAN ACARA DAN PEMULANGAN YURAN
- Penganjur berhak menunda atau mengubah tarikh, masa dan lokasi pertandingan atas faktor keselamatan, cuaca, teknikal atau perkara di luar kawalan.
- Semua perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi penganjur.
- Secara amnya, yuran penyertaan tidak akan dipulangkan dalam apa jua keadaan.
- Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan tarikh dibuat oleh pihak penganjur dan peserta tidak dapat hadir pada tarikh baharu, pemulangan yuran boleh dipertimbangkan.
- Jumlah pemulangan adalah terhad kepada yuran penyertaan sahaja dan tidak termasuk caj perkhidmatan 5%.
- Permohonan pemulangan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur.
9. PEMINDAAN TERMA DAN SYARAT
- Penganjur berhak untuk meminda, mengemaskini atau menambah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
- Peserta dan penjaga bertanggungjawab untuk mengikuti dan memahami sebarang pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.
- Segala keputusan penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
10. HUBUNGI KAMI
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- WhatsApp: 019-3329269
- Email: pushbikepro.malaysia@gmail.com
Terima kasih atas sokongan anda kepada Push Bike Pro.
DIKEMASKINI APRIL 2026