TERMA & SYARAT PERTANDINGAN
KENDALIAN PUSH BIKE PRO 2026

SILA BACA DENGAN TELITI

Terma dan syarat ini terpakai kepada semua peserta dan penjaga yang mendaftar dalam pertandingan push bike anjuran Push Bike Pro. Dengan membuat pendaftaran dan mengambil bahagian, peserta serta penjaga dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

1. MAKLUMAT PENDAFTARAN

  • Penjaga wajib mengisi semua butiran peribadi peserta dengan tepat, lengkap dan benar.
  • Sebarang maklumat palsu, tidak lengkap atau tidak tepat boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan serta-merta, termasuk penarikan semula hadiah kemenangan sekiranya telah diterima.
  • Kategori Umur:
    • Peserta wajib menyertai kategori umur yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
    • Penentuan kategori adalah berdasarkan:
      • Umur peserta pada tarikh pertandingan; atau
      • Tahun kelahiran peserta, mengikut format acara yang ditetapkan.
    • Peserta tidak dibenarkan mendaftar dalam kategori yang tidak layak, termasuk melangkau ke kategori umur lebih tinggi atau lebih rendah daripada ketetapan.
    • Kategori Terbuka, jika disediakan, tertakluk kepada had umur minimum dan maksimum yang ditetapkan.
    • Tiada rayuan atau pertukaran kategori akan dilayan selepas pendaftaran disahkan.
  • Pihak penganjur berhak untuk:
    • Menyemak, mengesahkan, menolak atau menggugurkan penyertaan pada bila-bila masa.
    • Membatalkan penyertaan sekiranya maklumat tidak selari dengan syarat pertandingan atau peserta didapati berada dalam kategori yang salah.
    • Meminta dokumen sokongan seperti MyKid, MyKad, pasport atau dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan umur dan maklumat peserta.

2. JENIS BASIKAL DAN KESELAMATAN

  • Peserta wajib menggunakan basikal jenis push bike atau balance bike sahaja.
  • Basikal tidak dibenarkan mempunyai pedal, rantai atau sebarang sistem kayuhan.
  • Saiz tayar maksimum yang dibenarkan ialah 12 inci ke bawah, kecuali bagi kategori khas yang dinyatakan oleh pihak penganjur.
  • Sebarang modifikasi yang dianggap memberi kelebihan tidak adil, membahayakan peserta atau tidak mematuhi spesifikasi pertandingan boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
  • Semua peserta wajib memakai helmet keselamatan sepanjang berada di kawasan trek.
  • Peserta tanpa helmet tidak dibenarkan bertanding sama sekali.
  • Sarung tangan serta pelindung lutut dan siku sangat digalakkan bagi mengurangkan risiko kecederaan.
  • Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab memastikan basikal dan semua peralatan peserta berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
  • Pihak penganjur berhak menolak atau menghalang penyertaan sekiranya basikal atau peralatan didapati tidak selamat atau tidak mematuhi syarat.
  • Kategori Khas, jika disediakan:
    • Bagi kategori seperti Strider 14x, peserta wajib menggunakan basikal yang ditetapkan khusus untuk kategori tersebut.
Nota Penting: Keselamatan peserta adalah keutamaan. Pihak penganjur berhak menghalang mana-mana peserta daripada bertanding sekiranya tidak memenuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan.

3. YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN GOODIES

  • Yuran penyertaan yang telah dibayar adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan, kecuali dalam keadaan yang dinyatakan di Bahagian 9.
  • Semua transaksi tertakluk kepada caj perkhidmatan sebanyak 5% bagi tujuan pengurusan sistem, pemprosesan bayaran dan penyusunan data peserta.
  • Peserta antarabangsa atau bukan warganegara Malaysia akan dikenakan caj tambahan sebanyak 7% daripada jumlah yuran.
  • Peserta yang telah melengkapkan pendaftaran layak menerima barangan seperti:
    • Goodies bag.
    • Baju pertandingan, jika dinyatakan tersedia.
    • Medal finisher.
    • Nombor plate peserta.
  • Senarai barangan mungkin berbeza mengikut acara dan pakej pendaftaran yang ditawarkan.
  • Pengurusan barangan bagi peserta yang tidak hadir:
    • Menghantar wakil untuk mengambil barangan; atau
    • Memohon penghantaran melalui pos atau kurier dengan kos tambahan yang ditanggung oleh peserta.
  • Permintaan penghantaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pertandingan.
  • Kegagalan membuat tuntutan dalam tempoh tersebut akan menyebabkan barangan dianggap lupus dan tidak boleh dituntut semula.
  • Saiz baju dan barangan adalah tertakluk kepada ketersediaan stok, terutamanya bagi pendaftaran lewat.
Nota Penting: Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak hadir, tanpa mengira sebab. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kegagalan mengambil atau menuntut barangan dalam tempoh yang ditetapkan.

4. PENJUALAN, PEMINDAHAN DAN PERTUKARAN SLOT

  • Peserta tidak dibenarkan menjual, memindahkan atau menukar slot tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penganjur.
  • Sekiranya berlaku pemindahan tanpa kebenaran:
    • Peserta pengganti tidak dibenarkan bertanding.
    • Penyertaan asal akan dibatalkan serta-merta.
    • Tiada pemulangan yuran akan diberikan.
  • Pertukaran slot rasmi hanya dibenarkan sehingga 15 hari sebelum tarikh pertandingan dan tertakluk kepada kelulusan pihak penganjur.
  • Tiada sebarang pertukaran dibenarkan selepas tempoh tersebut.
  • Pertukaran slot pada hari pertandingan tidak dibenarkan sama sekali, termasuk memberikan slot peserta yang tidak hadir kepada peserta lain yang berada di lokasi.
  • Slot yang telah disahkan adalah milik peserta asal dan tidak boleh dipindahkan, diganti atau digunakan oleh mana-mana peserta lain tanpa kelulusan rasmi pihak penganjur.
Nota Penting: Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak hadir. Mohon pastikan komitmen sebelum membuat pendaftaran.

5. FASA PENDAFTARAN DAN PENDAFTARAN SELEPAS TARIKH TUTUP

  • Early Bird: Harga promosi atau diskaun tertakluk kepada tempoh masa atau kuota terawal yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Normal Registration: Kadar yuran penuh akan dikenakan selepas tamat tempoh Early Bird.
  • Tarikh Tutup Pendaftaran: Pendaftaran akan ditutup mengikut tarikh yang telah diumumkan oleh pihak penganjur.
  • Pendaftaran Selepas Tarikh Tutup: Permohonan pendaftaran selepas tarikh tutup masih boleh dipertimbangkan berdasarkan budi bicara pihak penganjur dan tertakluk kepada kekosongan slot.
  • Jika jumlah keseluruhan peserta telah mencapai sasaran minimum 140 peserta atau lebih:
    • Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan penalti pendaftaran lewat sebanyak RM10.
    • Penerimaan pendaftaran adalah tertakluk kepada kekosongan slot, kesesuaian kategori dan kelulusan pihak penganjur.
    • Pihak penganjur berhak menolak permohonan lewat sekiranya persediaan acara atau penyediaan format perlumbaan telah dimulakan.
  • Jika jumlah keseluruhan peserta masih kurang daripada sasaran minimum 140 peserta:
    • Pihak penganjur berhak melanjutkan tempoh pendaftaran bagi kategori tertentu yang masih memerlukan tambahan peserta.
    • Tiada penalti pendaftaran lewat akan dikenakan.
    • Lanjutan pendaftaran tidak semestinya dibuka untuk semua kategori.
    • Pihak penganjur boleh menutup semula pendaftaran pada bila-bila masa setelah sasaran atau keperluan peserta telah mencukupi.
  • Pengesahan Pendaftaran dan Bayaran:
    • Pendaftaran hanya dianggap sah selepas maklumat peserta dilengkapkan dan bayaran berjaya disahkan.
    • Bayaran yang dibuat tanpa rekod pendaftaran yang lengkap tidak dianggap sebagai penyertaan yang sah.
    • Bukti bayaran sahaja tidak menjamin peserta telah didaftarkan atau diberikan slot pertandingan.
    • Peserta atau penjaga bertanggungjawab menyemak nama peserta dalam senarai pendaftaran rasmi sebelum Heat List atau format perlumbaan dikeluarkan.
    • Sekiranya bayaran telah dibuat tetapi nama peserta tiada dalam senarai rasmi akibat kegagalan melengkapkan pendaftaran atau menyemak status penyertaan, peserta tidak dibenarkan bertanding selepas Heat List atau format perlumbaan dikeluarkan.
    • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kesilapan atau kecuaian peserta atau penjaga yang gagal memastikan pendaftaran telah direkodkan dan disahkan dengan betul.
  • Penutupan Muktamad Pendaftaran:
    • Sebaik sahaja Heat List, senarai peserta mengikut heat atau format perlumbaan bagi sesuatu kategori telah dikeluarkan, pendaftaran kategori tersebut akan ditutup sepenuhnya.
    • Tiada lagi pendaftaran baharu, penambahan peserta atau pembetulan penyertaan yang melibatkan penambahan nama akan diterima selepas dokumen tersebut dikeluarkan, walaupun masih terdapat kekosongan slot.
    • Pembayaran yang hanya dikemukakan selepas Heat List atau format perlumbaan dikeluarkan tidak memberikan hak automatik kepada peserta untuk dimasukkan ke dalam pertandingan.
    • Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana pendaftaran yang tidak memenuhi syarat pertandingan atau tidak selari dengan keperluan acara.
Nota Penting:
  • Bukti bayaran sahaja tidak menjamin penyertaan. Penjaga wajib memastikan nama peserta telah direkodkan dalam senarai rasmi sebelum Heat List atau format perlumbaan dikeluarkan.
  • Selepas Heat List atau format perlumbaan dikeluarkan, tiada penambahan peserta akan dibuat atas alasan bayaran telah dilakukan lebih awal.
  • Saiz baju bagi pendaftaran lewat adalah berdasarkan baki stok dan tiada jaminan saiz pilihan.
  • Semua pendaftaran selepas tarikh tutup adalah tertakluk kepada kekosongan slot dan budi bicara penuh pihak penganjur.

6. BAYARAN SEPARA ATAU PARTIALLY PAID

  • Peserta yang memilih kaedah bayaran separa atau deposit hendaklah menjelaskan baki bayaran selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh pertandingan.
  • Penyertaan hanya dianggap lengkap dan disahkan sepenuhnya selepas baki bayaran diterima.
  • Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut:
    • Deposit yang telah dibayar akan hangus dan tidak akan dikembalikan.
    • Nama peserta mungkin masih terdapat dalam sistem atau senarai pendaftaran, tetapi peserta tidak dibenarkan bertanding.
    • Nombor plate peserta tidak akan diberikan.
    • Medal finisher tidak akan diberikan.
    • Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan dan melepaskan slot kepada peserta lain tanpa notis lanjut.
Nota Penting: Deposit dianggap sebagai komitmen penyertaan. Kegagalan menjelaskan baki bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.

7. PENAMBAHAN, PENGURANGAN SLOT DAN FORMAT PERLUMBAAN

  • Jumlah slot peserta bergantung kepada format perlumbaan dan jumlah penyertaan yang diterima.
  • Pihak penganjur berhak menambah atau mengurangkan jumlah slot tanpa notis awal bagi memastikan kelancaran pengurusan acara.
  • Slot tambahan boleh dibuka berdasarkan keperluan pertandingan, permintaan penaja atau penyelarasan format perlumbaan.
  • Format perlumbaan akan ditentukan oleh pihak penganjur berdasarkan kesesuaian jenis pertandingan, jumlah penyertaan dan keperluan acara.
  • Format perlumbaan yang boleh digunakan termasuk:
    • Moto 3; atau
    • Elimination Round Style.
  • Segala penentuan format, jumlah slot, bilangan pusingan dan struktur perlumbaan adalah di bawah budi bicara pihak penganjur.
Nota Penting: Semua perubahan berkaitan slot dan format perlumbaan adalah tertakluk kepada keputusan pihak penganjur.

8. PERNIAGAAN, KEBERSIHAN DAN PENGURUSAN TAPAK

  • Tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan, promosi atau jualan di tapak pertandingan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penganjur.
  • Pemasangan khemah, banner, flag atau sebarang struktur adalah tertakluk kepada kelulusan rasmi pihak penganjur dan pengurusan lokasi.
  • Semua peserta, penjaga dan pengunjung wajib menjaga kebersihan, keselamatan dan ketenteraman kawasan sepanjang acara berlangsung.
  • Sebarang kerosakan, kekotoran atau gangguan yang berpunca daripada peserta, penjaga, pasukan atau pihak berkaitan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.
  • Pihak penganjur berhak menanggalkan, menghentikan atau mengarahkan penyingkiran mana-mana khemah, banner, aktiviti atau pihak yang tidak mematuhi peraturan tapak.
Nota Penting: Pihak penganjur berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang pelanggaran, termasuk pembatalan penyertaan atau arahan keluar dari kawasan acara.

9. PENUNDAAN TARIKH, PERUBAHAN ACARA DAN PEMULANGAN YURAN

  • Pihak penganjur berhak menunda atau mengubah tarikh, masa, lokasi atau susunan acara atas faktor keselamatan, cuaca, teknikal, arahan pihak berkuasa, pengurusan lokasi atau perkara di luar kawalan.
  • Semua perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi pihak penganjur.
  • Tiada pemulangan yuran akan diberikan sekiranya peserta tidak hadir sedangkan acara diteruskan seperti yang dijadualkan.
  • Sekiranya tarikh pertandingan diubah oleh pihak penganjur dan peserta tidak dapat hadir pada tarikh baharu, peserta boleh memohon pemulangan yuran.
  • Jumlah pemulangan adalah terhad kepada yuran penyertaan sahaja dan tidak termasuk:
    • Caj perkhidmatan sebanyak 5%.
    • Caj tambahan peserta antarabangsa.
    • Caj lain yang telah diproses.
  • Permohonan pemulangan hendaklah dibuat dalam tempoh dan melalui kaedah yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Kegagalan membuat permohonan dalam tempoh tersebut akan dianggap sebagai persetujuan untuk mengekalkan penyertaan pada tarikh baharu.

10. PEMINDAAN TERMA DAN SYARAT

  • Pihak penganjur berhak meminda, mengemaskini atau menambah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  • Peserta dan penjaga bertanggungjawab mengikuti serta memahami semua pengumuman terkini yang dikeluarkan melalui saluran rasmi pihak penganjur.
  • Segala keputusan pihak penganjur berkaitan pendaftaran, kategori, bayaran, slot dan pengurusan acara adalah muktamad.

11. HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: Terima kasih atas sokongan anda kepada Push Bike Pro. DIKEMASKINI JULAI 2026
Scroll to Top