TERMA & SYARAT PERTANDINGAN
KENDALIAN PUSH BIKE PRO 2025

SILA BACA DENGAN TELITI

Terma dan syarat ini terpakai kepada semua peserta dan penjaga yang mendaftar dalam pertandingan Push Bike anjuran Push Bike Pro. Dengan mendaftar dan mengambil bahagian, peserta dan penjaga dianggap bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

1. MAKLUMAT PENDAFTARAN

  • Penjaga wajib mengisi semua butiran peribadi peserta dengan tepat dan benar.
  • Sebarang maklumat palsu, tidak lengkap, atau tidak tepat boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan serta-merta, termasuk penarikan semula hadiah kemenangan sekiranya telah diterima.
  • Kategori Umur:
    • Peserta wajib berlumba dalam kategori umur yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
    • Penentuan umur peserta adalah berdasarkan:
      • Jika pertandingan mengikut tarikh lahir: kategori peserta ditentukan berdasarkan umur pada tarikh pertandingan.
      • Jika pertandingan mengikut tahun lahir: kategori peserta ditentukan berdasarkan tahun kelahiran.
    • Tidak dibenarkan melangkau ke kategori umur lebih tinggi atau lebih rendah daripada ketetapan.
    • Kategori Terbuka (jika disediakan) tertakluk kepada syarat umur minimum dan maksimum.
    • Pihak penganjur berhak untuk:
      • Menyemak, mengesahkan, menolak, atau menggugurkan penyertaan.
      • Jika maklumat pendaftaran tidak selari dengan syarat pertandingan, atau jika peserta didapati mendaftar dalam kategori yang salah.

2. JENIS BASIKAL & KESELAMATAN

  • Peserta wajib menggunakan basikal jenis push bike (balance bike) sahaja.
  • Basikal tidak dibenarkan mempunyai pedal, rantai, brek, atau sebarang sistem kayuhan.
  • Saiz tayar maksimum yang dibenarkan adalah 12 inci ke bawah.
  • Bagi kategori khas seperti Strider 14x, peserta wajib menggunakan basikal jenis Strider 14x sahaja.
  • Sebarang modifikasi ekstrem yang memberi kelebihan tidak adil boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
  • Semua peserta wajib memakai helmet keselamatan semasa berada di kawasan trek atau ketika pertandingan berlangsung.
  • Sarung tangan & pelindung lutut/siku sangat digalakkan bagi mengurangkan risiko kecederaan.
  • Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab memastikan peralatan dan keadaan basikal anak selamat digunakan.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan jika peralatan didapati tidak selamat.

Nota Penting: Keselamatan peserta adalah keutamaan. Penganjur berhak menghalang mana-mana peserta daripada bertanding jika didapati melanggar aspek keselamatan yang ditetapkan.

3. YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN GOODIES

  • Yuran penyertaan yang telah dibayar adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan.
    • Semua transaksi tertakluk kepada caj perkhidmatan sebanyak 5%.
    • Peserta antarabangsa (bukan warganegara Malaysia) akan dikenakan caj tambahan sebanyak 7% daripada jumlah yuran.
  • Caj 5% ini meliputi kos sistem pendaftaran, pemprosesan bayaran serta penghantaran notifikasi & penyusunan data peserta. Kami cuba sedaya upaya mengekalkan yuran yang mampu milik. Caj kecil ini bantu kami urus acara dengan lebih tersusun & efisien.
  • Peserta yang telah mendaftar layak menerima:
    • Goodies Bag
    • Baju Pertandingan (jika dinyatakan tersedia)
    • Medal Finisher
    • Nombor Plate Peserta
  • Pengurusan Barangan Jika Tidak Hadir:
    • Menghantar wakil untuk mengambil goodies bag dan nombor plate, atau
    • Meminta penghantaran barangan melalui pos (kos RM10).
  • Permintaan penghantaran mesti dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pertandingan.

Nota Penting: Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kegagalan mengambil barangan selepas tempoh ditetapkan. Penyerahan bergantung kepada stok. Saiz baju untuk pendaftaran lewat bergantung kepada stok tanpa jaminan.

4. PENJUALAN DAN PERTUKARAN SLOT

  • Peserta tidak dibenarkan menjual atau memindahkan slot tanpa kebenaran bertulis daripada penganjur.
  • Jika berlaku pemindahan tanpa kebenaran:
    • Peserta pengganti tidak dibenarkan bertanding.
    • Penyertaan asal akan dibatalkan serta-merta.
  • Pertukaran slot rasmi hanya dibenarkan sehingga 10 hari sebelum pertandingan.
  • Tiada pertukaran dibenarkan selepas tempoh 10 hari.
  • Pertukaran slot pada hari pertandingan tidak dibenarkan sama sekali.

Nota Penting: Yuran yang telah dibayar dianggap sebagai “yuran kelemahan dalam pengurusan masa” dan tidak akan dikembalikan.

5. PENDAFTARAN DAN PENALTI PENDAFTARAN

  • Pendaftaran dibuka dalam beberapa fasa:
    • Early Bird: Harga diskaun, tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan atau kuota pendaftaran terawal yang ditawarkan.
    • Normal Registration: Dikenakan kadar yuran penuh selepas fasa Early Bird tamat.
    • Late Registration: Dikenakan penalti tambahan RM10 dan hanya dibuka dalam tempoh 3–5 hari sebelum tarikh tutup pendaftaran, tertakluk kepada kekosongan slot.
  • Pendaftaran boleh ditutup lebih awal sekiranya kuota peserta telah mencukupi.
  • Sekiranya format perlumbaan telah dikeluarkan, tiada lagi pendaftaran akan diterima — walaupun jumlah peserta belum cukup untuk mengisi slot podium.
  • Pendaftaran hanya sah selepas bayaran disahkan sepenuhnya.

Nota Penting:

  • Saiz baju bagi pendaftaran lewat adalah berdasarkan baki stok dan tiada jaminan saiz pilihan.
  • Semua pendaftaran tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara penuh pihak penganjur.

6. PENAMBAHAN DAN PENGURANGAN SLOT

  • Slot peserta bergantung kepada format dan jumlah penyertaan diterima.
  • Penganjur berhak menambah atau mengurangkan slot tanpa notis awal.
  • Slot tambahan boleh dibuka atas permintaan penaja atau keperluan pertandingan.

Nota Penting: Semua perubahan slot adalah di bawah budi bicara penuh pihak penganjur dan tidak boleh dipertikaikan.

7. PERNIAGAAN, KEBERSIHAN, DAN PENGURUSAN TAPAK

  • Tidak dibenarkan berniaga di tapak pertandingan tanpa kebenaran bertulis penganjur.
  • Pemasangan khemah atau flag perlu mendapat kelulusan rasmi.
  • Semua peserta dan pengunjung wajib menjaga kebersihan tapak pertandingan.

Nota Penting: Penganjur berhak mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran syarat.

8. PENUNDAAN TARIKH, PERUBAHAN ACARA, DAN PEMULANGAN YURAN

  • Penganjur berhak menunda tarikh, masa atau lokasi pertandingan atas sebab keselamatan, cuaca atau teknikal.
  • Semua perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi penganjur.
  • Pemulangan yuran, jika ada, tertakluk kepada budi bicara penuh penganjur.
  • Tiada pemulangan yuran jika acara hanya ditunda ke tarikh lain.

9. PEMINDAAN TERMA DAN SYARAT

  • Penganjur berhak meminda atau mengemaskini terma dan syarat tanpa notis awal.
  • Peserta dan penjaga bertanggungjawab mengikuti semua pengumuman rasmi berkaitan perubahan ini.
  • Keputusan penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

10. HUBUNGI KAMI

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Terima kasih atas sokongan anda kepada Push Bike Pro.

DIKEMASKINI PADA 13 JULAI 2025

Scroll to Top