GARIS PANDUAN PERTANDINGAN PUSH BIKE 2025
SILA BACA DENGAN TELITI
Garis panduan ini disediakan oleh Push Bike Pro Malaysia …
1. SYARAT PENYERTAAN & KELAYAKAN BASIKAL
1.1 Jenis Basikal Dibenarkan
- Push bike / balance bike tanpa pedal.
- Semua jenama diterima — tiada had model.
- Handlebar lebar maksimum 470 mm, ber-grip penuh, tiada hujung tajam/terbuka.
- Dilarang komponen berbahaya (tajam, aksesori berlebihan, dsb.).
1.2 Modifikasi & Komponen Tambahan
Komponen | Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
---|---|---|
Spacer / stem | ≤ 470 mm total bar | > 470 mm |
Grip tape / bar-end | Kemas & tidak longgar | Bar-end terbuka/tajam |
Pelindung bolt | Wajib jika bolt terkeluar | Bolt tanpa pelindung |
Seat laras | Dibenarkan | — |
Tip keselamatan – Elak pelekat glitter, loceng longgar.
1.3 Tayar
- Bunga jelas; tidak haus licin.
- Bebas objek tajam.
- Getah angin / padat / foam dibenarkan jika sesuai trek.
1.4 Pemeriksaan Pra-Perlumbaan
- Kru memeriksa basikal di pintu masuk.
- Gagal → 5 minit baiki.
- Masih gagal → DNS.
1.5 Syarat Khas
- Bahan frame khas (aloi/tiada karbon) akan dimaklumkan jika perlu.
- Penganjur boleh menolak basikal berbahaya.
2. PAKAIAN & PERALATAN KESELAMATAN (WAJIB)
2.1 Peralatan Wajib
Item | Syarat Minimum |
---|---|
Helmet | Saiz tepat; full-face digalak |
Kasut sukan bertutup | Tapak anti-slip |
Sarung tangan | Half/full-finger |
Padding lutut & siku | Dipakai sebelum trek |
2.2 Pakaian Disarankan
- Lengan & seluar panjang (terutama <4 thn).
- Kain sintetik cepat kering.
- Jersi pasukan dibenarkan.
2.3 Larangan
- Pakaian longgar mudah tersangkut.
- Aksesori besar / tajam.
- Topeng penuh bagi <5 thn.
2.4 Pemeriksaan
- Pemeriksaan kelengkapan di pintu masuk.
- 5 minit baiki; gagal → DNS/DQ.
3. PENGESAHAN KEHADIRAN PESERTA
3.1 Masa Pendaftaran
- Kaunter buka 30 min sebelum acara.
- Sahkan hadir ≥ 15 min sebelum moto pertama.
- Lewat daftar → DNS.
3.2 Pemeriksaan Keselamatan
Diperiksa | Masa Baiki |
---|---|
Helmet / padding / kasut | 5 min |
Basikal (grip/bolt) | 5 min |
Gagal selepas 5 minit → DNS moto berkenaan.
3.3 Tanggungjawab Penjaga
- Pastikan peserta di waiting zone ketika dipanggil.
- Penganjur tidak menunggu peserta lewat.
4. KESELAMATAN, TANGGUNGJAWAB PENJAGA & KELAKUAN PESERTA
4.1 Prinsip Umum
- Keselamatan peserta tanggungjawab penjaga.
- Medic hanya rawatan asas.
- Peserta tidak sihat boleh ditegah berlumba.
4.2 Kehadiran Penjaga di Trek
Kategori | Moto 1-3 | Semi | Final |
---|---|---|---|
2 tahun | Boleh di trek (pimpin, tidak menolak) | Tiada | Tiada |
3 tahun+ | Tiada (sokongan luar) | Tiada | Tiada |
4.3 Etika Penjaga
- Jangan tolak/tarik peserta.
- Jangan ganggu peserta lain/kru.
- Arahan kru & Enforcer muktamad.
4.4 Tingkah Laku Peserta
- Dilarang tukar lorong/himpit sengaja.
- Patuhi Red Zone permulaan & penamat.
4.5 Skala Penalti
Kesalahan | Tindakan |
---|---|
Pertama | Amaran lisan |
Kedua | –3 mata |
Ketiga/serius | DSQ; penjaga digantung |
5. PERATURAN DI TAPAK PERTANDINGAN
5.1 Kawasan Larangan
- Trek & Zon Enforcer hanya untuk kru.
- 3 m sekeliling kamera photo-finish & kru penamat = zon larangan.
5.2 Teknologi
- Dron/rakaman profesional perlukan kelulusan bertulis.
- Walkie-talkie penjaga → peserta dilarang.
5.3 Peralatan Penonton
- Khemah, kerusi, payung hanya di kawasan penonton.
- Laluan kecemasan mesti kosong.
- Kerosakan peralatan penganjur perlu diganti.
6. SUSUNAN LAYOUT TREK
- Layout ikut saiz tapak; mungkin ada straight, zig-zag, bukit.
- Zon utama: Starting Zone + Red Zone 2-5 m, Finishing Zone + Red Zone 2-5 m, Cooling Zone.
- Red Zone Permulaan: 2-5 m pertama, keluar lurus.
Red Zone Penamat: 2-5 m terakhir, dilarang tukar lorong. - Pelan trek dipamer ≥ 30 min sebelum moto pertama.
- Penganjur boleh ubah layout demi keselamatan/cuaca.
7. PROSES PENGADILAN & KEPUTUSAN RASMI
- Ketua Enforcer memastikan perlumbaan adil; keputusan muktamad.
- Hanya rakaman kamera rasmi diterima (termasuk photo-finish).
- Situasi luar jangka diputus Ketua Enforcer.
8. PERUBAHAN & PINDAAN PERATURAN
- Penganjur boleh ubah peraturan bila-bila masa.
- Perubahan besar diumum ≥24 jam lebih awal melalui laman rasmi/emel.
- Perubahan kecil diumum semasa taklimat/emcee.
- Peserta & penjaga wajib mengikuti semua kemas kini.
9. HAK PENYIARAN & MEDIA
- Foto/video kru rasmi boleh digunakan penganjur.
- Rakaman komersial/siaran langsung memerlukan kelulusan bertulis.
- Rakaman telefon dibenarkan di kawasan penonton jika tidak mengganggu kru/perlumbaan.
KOD ETIKA PENJAGA
1. Tanggungjawab dan Peranan Penjaga:
Keselamatan Peserta:
- Menyediakan dan memastikan peserta dalam keadaan sihat dan bersedia untuk berlumba.
- Memastikan peralatan keselamatan (helmet, sarung tangan, padding) dipakai dengan betul dan sempurna.
- Memastikan basikal dalam keadaan baik dan selamat sebelum perlumbaan bermula.
Sokongan Moral:
- Memberikan galakan positif dan motivasi kepada peserta tanpa tekanan yang berlebihan.
- Menerapkan semangat kesukanan kepada peserta.
2. Larangan dan Tingkah Laku Semasa Perlumbaan:
Larangan Menolak atau Menarik Peserta:
- Penjaga tidak dibenarkan menolak, menarik, atau mengganggu peserta semasa perlumbaan.
- Kategori 2 tahun (Moto 1 dan Moto 2 dan Moto 3 sahaja): Penjaga hanya dibenarkan berada di hadapan peserta untuk membimbing, bukan menolak.
- Separuh Akhir dan Final: Penjaga tidak dibenarkan memasuki trek.
Menghormati Kru dan Enforcer:
- Penjaga mesti menghormati semua keputusan Enforcer dan kru pertandingan.
- Sebarang bantahan atau pertanyaan harus disampaikan secara tertib dan profesional melalui saluran rasmi selepas perlumbaan.
- Menghalang kru atau Enforcer semasa bertugas adalah dilarang sama sekali.
Kelakuan Tidak Wajar:
- Penjaga dilarang mengganggu peserta lain sama ada secara lisan atau fizikal.
- Sebarang bentuk penderaan lisan, ancaman, atau tingkah laku agresif terhadap peserta lain, penjaga lain, atau petugas adalah dilarang.
- Menghina, mengejek, atau menjerit kepada peserta lain adalah larangan keras.
- Merosakkan harta benda di kawasan pertandingan akan dikenakan tindakan undang-undang.
3. Adab dan Tindakan di Kawasan Perlumbaan:
Kawasan Perlumbaan:
- Penjaga mesti berada di kawasan yang telah ditetapkan dan tidak memasuki trek tanpa kebenaran kru pertandingan.
- Penjaga hanya dibenarkan membantu di zon permulaan dan kawasan pendaftaran sahaja.
- Dilarang melintas trek semasa perlumbaan berlangsung.
Penggunaan Bahasa:
- Gunakan bahasa yang sopan dan positif sepanjang pertandingan berlangsung.
- Elakkan kata-kata kesat atau yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.
Kerjasama dengan Pihak Kami:
- Penjaga digalakkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kami dalam memastikan pertandingan berjalan lancar.
4. Bantahan dan Pertanyaan:
Prosedur Bantahan:
- Sebarang bantahan mesti dikemukakan dalam masa 10 minit selepas perlumbaan tamat melalui saluran rasmi yang disediakan.
- Bantahan harus disampaikan secara tertib dan bertulis kepada Ketua Enforcer.
- Rakaman video rasmi pihak kami sahaja akan diterima sebagai bukti sah.
Pertanyaan Berkaitan Peraturan:
- Sebarang pertanyaan mengenai peraturan atau keputusan perlumbaan harus dilakukan selepas pertandingan, bukan semasa perlumbaan berlangsung.
5. Tindakan dan Penalti Jika Melanggar Kod Etika:
Kesalahan Pertama:
- Amaran lisan oleh Enforcer pertandingan.
Kesalahan Kedua:
- Penalti 3 mata kepada peserta di bawah jagaan penjaga tersebut.
Kesalahan Ketiga:
- Peserta akan dikeluarkan daripada perlumbaan.
Kesalahan Berat (Contoh: Keganasan atau Penderaan):
- Penjaga akan dihalang daripada menyertai pertandingan dan peserta di bawah jagaan mereka dikeluarkan serta-merta.
- Penggantungan penyertaan selama 3 bulan daripada sebarang pertandingan anjuran Push Bike Pro Malaysia.
6. Pengiktirafan dan Galakan Positif:
Penjaga Terbaik:
- Pihak kami boleh memberikan penghargaan khas kepada penjaga yang menunjukkan semangat kesukanan, disiplin, dan kerjasama sepanjang pertandingan.
- Kod etika ini bukan hanya bertujuan mengenakan penalti tetapi juga untuk menggalakkan penjaga menjadi role model kepada peserta lain.
Penutup:
Kod etika ini diwujudkan untuk memastikan suasana pertandingan yang positif, selamat, dan profesional untuk semua pihak. Dengan mematuhi kod etika ini, penjaga bukan sahaja membantu peserta berkembang tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti push bike yang sihat dan harmoni.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pihak Kami.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.
SEMASA BERADA DI PINTU PERMULAAN:
1. Persediaan Sebelum Perlumbaan:
Semua peserta mesti bersedia 5 minit lebih awal sebelum kategori mereka bermula.
Moto 1 dan Moto 2 akan dijalankan secara berturut-turut tanpa rehat panjang.
Rehat 3 minit akan diberikan selepas:
Moto 1 sebelum Moto 2 bermula.
Moto 2 sebelum separuh akhir (semi-final) bermula.
Separuh akhir sebelum pusingan final bermula.
2. Kehadiran Peserta di Pintu Permulaan:
Emcee akan memanggil nama peserta sebanyak 3 kali sebelum Moto 1, Moto 2, separuh akhir, dan final bermula.
Jika peserta tidak hadir selepas panggilan ketiga, peserta tersebut akan dikategorikan sebagai:
DNS (“Did Not Start”) – Peserta tidak memulakan perlumbaan.
Peserta yang dikategorikan sebagai DNS akan dikenakan penalti 2 mata.
3. Nombor Petak Permulaan:
Semua peserta mesti bermula di nombor petak yang telah ditentukan dalam format pertandingan.
Tiada undian atau pertukaran petak dibenarkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Susunan petak peserta:
- Mengikut tarikh (bergantung pada jenis pertandingan).
- Peserta yang lahir awal bulan/tahun akan berada di barisan hadapan.
- Peserta yang lahir akhir bulan/tahun akan berada di barisan belakang.
4. Kehadiran Penjaga di Pintu Permulaan:
Setiap peserta dibenarkan dibantu oleh seorang penjaga sahaja di kawasan permulaan.
Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):
- Penjaga dibenarkan masuk ke dalam trek dan membimbing peserta dari hadapan.
- Separuh akhir dan final: Penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam trek.
Kategori 3 Tahun ke atas:
- Penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam trek pada bila-bila masa.
Apabila emcee memberi arahan “bersedia”:
- Penjaga tidak dibenarkan menyentuh peserta.
- Penjaga mesti turun dan keluar dari pintu permulaan dan berada sekurang-kurangnya 1 meter di belakang peserta.
- Semasa lagu permulaan dimainkan, penjaga tidak dibenarkan bercakap atau memberi arahan kepada peserta sehingga pintu permulaan dibuka.
5. Kedudukan dan Teknik Permulaan:
Semua peserta mesti mematuhi peraturan berikut di pintu permulaan:
Tiga titik utama bersentuhan dengan pintu permulaan:
- Mata peserta selari di atas roda hadapan.
- Roda hadapan menyentuh pintu permulaan.
- Roda belakang berada di atas permukaan litar.
Peserta tidak dibenarkan bergerak atau memulakan tolakan sebelum pintu permulaan dibuka sepenuhnya.
6. Kesalahan di Pintu Permulaan:
Jika peserta:
Tidak mematuhi kedudukan tiga titik, atau
Melepaskan roda hadapan sebelum pintu terbuka sepenuhnya:
- Perlumbaan tidak akan diulang.
- Peserta yang melakukan kesalahan akan diberikan amaran rasmi (amaran pertama).
- Kesalahan berulang (lebih dari 2 kali):
- Penalti 3 mata akan dikenakan kepada peserta tersebut.
- Jika kesalahan berulang 3 kali, peserta boleh disingkirkan daripada pusingan tersebut.
7. Perlanggaran dan Himpitan dalam Lorong:
Perlanggaran atau himpitan dalam lorong semasa pelepasan tidak akan menyebabkan perlumbaan diulang.
Tindakan Penalti:
- Kesalahan Pertama: Peserta diberikan amaran rasmi.
- Kesalahan Kedua (berulang): Peserta akan dikenakan penalti tambahan 3 mata.
- Kesalahan Ketiga: Penalti tambahan 5 mata dan peserta boleh disingkirkan daripada perlumbaan jika menyebabkan kecederaan atau gangguan serius kepada peserta lain.
8. Peserta Terjatuh di Pintu Permulaan:
Jika peserta jatuh atas kesilapan sendiri semasa keluar dari pintu pelepasan atau ketika melepasi garisan lorong:
Perlumbaan akan diteruskan tanpa perlu ulangan.
Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):
- Jika peserta terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, penjaga dibenarkan membantu peserta untuk meneruskan perlumbaan.
- Separuh akhir dan final: Kru rasmi sahaja dibenarkan membantu, penjaga dilarang masuk trek.
Penambahan (BARU AKAN DATANG):
Rakaman Video:
- Semua pintu permulaan akan dilengkapi dengan rakaman video untuk memastikan ketepatan dan bukti jika berlaku sebarang protes atau insiden.
- Enforcer dan Kru:
- Enforcer akan ditempatkan di pintu permulaan untuk memantau dan memastikan semua peserta mematuhi peraturan.
Pengulangan Moto:
Jika berlaku gangguan teknikal pada pintu permulaan, Moto 1 atau Moto 2 tersebut akan diulang semula tanpa penalti kepada mana-mana peserta.
Tindakan Amaran dan Penalti:
- Kesalahan Pertama: Amaran rasmi diberikan kepada peserta.
- Kesalahan Kedua: Penalti 3 mata.
- Kesalahan Ketiga: Peserta disingkirkan daripada moto tersebut.
SELEPAS PELEPASAN KETIKA PINTU PERMULAAN DIBUKA:
1. Kehadiran Penjaga di Dalam Trek (Kategori 2 Tahun):
Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):
- Penjaga dibenarkan masuk ke dalam trek dan membimbing peserta dari hadapan di sepanjang trek sehingga garisan penamat.
- Semi Final dan Final: Penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam trek.
Kategori 2 Tahun (Semi Final dan Final):
- Peserta harus beraksi sendiri tanpa bantuan penjaga di dalam trek.
- Penjaga hanya dibenarkan berada di luar trek dan memberikan sokongan dari jauh.
Kategori Lain (3 Tahun ke atas):
- Penjaga dilarang masuk trek dalam semua pusingan dan kategori.
- Hanya kru pertandingan dibenarkan membantu peserta yang jatuh atau menghadapi masalah teknikal.
Tindakan Penalti:
Jika penjaga melanggar peraturan ini semasa kategori separuh akhir dan final, peserta di bawah jagaan mereka akan:
Diberikan amaran rasmi.
Penalti tambahan 3 mata jika kesalahan berulang.
Peserta boleh disingkirkan daripada perlumbaan jika kesalahan dilakukan lebih dari 2 kali dalam satu kejohanan.
2. Peraturan Lorong di Pintu Pelepasan:
Setiap petak pelepasan di pintu permulaan akan mempunyai garisan kuning atau merah yang menandakan lorong peserta.
Peserta tidak dibenarkan melepasi garisan lorong kiri dan kanan di petak masing-masing sekurang-kurangnya 1 meter dari pintu permulaan.
Peserta mesti keluar mengikut lorong masing-masing dan hanya boleh menukar lorong selepas melepasi garisan lorong sepenuhnya.
3. Perlanggaran dan Himpitan dalam Lorong (Tanpa Ulangan Perlumbaan):
Perlanggaran atau himpitan dalam lorong semasa pelepasan tidak akan menyebabkan perlumbaan diulang.
Tindakan Penalti:
- Kesalahan Pertama: Peserta diberikan amaran rasmi.
- Kesalahan Kedua (berulang): Peserta akan dikenakan penalti tambahan 3 mata.
- Kesalahan Ketiga: Penalti tambahan 5 mata dan peserta boleh disingkirkan daripada perlumbaan jika menyebabkan kecederaan atau gangguan serius kepada peserta lain.
4. Peserta Terjatuh di Pintu Pelepasan:
Jika peserta jatuh atas kesilapan sendiri semasa keluar dari pintu pelepasan atau ketika melepasi garisan lorong:
Perlumbaan akan diteruskan tanpa perlu ulangan.
Kategori 2 Tahun (Moto 1 dan Moto 2 sahaja):
Jika peserta terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, penjaga dibenarkan membantu peserta untuk meneruskan perlumbaan.
Semi Final dan Final: Kru rasmi sahaja dibenarkan membantu, penjaga dilarang masuk trek.
Penambahan (BARU AKAN DATANG):
Rakaman Video:
- Semua pelepasan di pintu permulaan akan dirakam untuk memantau perlanggaran dan membantu keputusan penalti.
Enforcer:
- Enforcer akan ditempatkan di sepanjang zon pelepasan untuk memantau peserta dan memastikan tiada penjaga melanggar peraturan.
Contoh Situasi Penalti:
- Perlanggaran Ringan (Himpitan Lorong):
Peserta A menukar lorong dan menghimpit Peserta B di pintu pelepasan.
Keputusan: Amaran diberikan kepada Peserta A. - Perlanggaran Berulang (2 Kali):
Peserta A sekali lagi menghimpit peserta lain dalam pusingan seterusnya.Keputusan:
Penalti 3 mata diberikan. - Perlanggaran Serius (Kali Ketiga):
Peserta A menyebabkan peserta lain terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.
Keputusan: Penalti tambahan 5 mata dan peserta disingkirkan dari pertandingan.
Nota:
Peraturan ini bertujuan memastikan keselamatan dan disiplin peserta serta memberikan peluang adil kepada semua kategori umur, khususnya peserta yang lebih muda.
Jika terdapat keperluan khas atau perubahan semasa pertandingan, pihak kami berhak membuat keputusan muktamad.
SEMASA BERADA DI DALAM LITAR:
1. Larangan Tindakan Agresif dan Tidak Adil:
Menghimpit (Pushing):
Peserta dilarang menghimpit peserta lain secara agresif untuk mendapatkan kelebihan.
Jika berlaku, peserta akan dikenakan:
- Amaran pertama dan penalti +3 mata.
- Kesalahan berulang: Penalti +5 mata dan amaran terakhir.
- Kesalahan ketiga (berulang): Penarikan kemenangan atau diskualifikasi (DSQ).
Blocking (Menghalang Laluan):
Peserta tidak dibenarkan menghalang laluan peserta lain secara sengaja, terutama di selekoh atau kawasan memotong.
Penalti akan dikenakan seperti berikut:
- Amaran pertama dan penalti +3 mata.
- Kesalahan kedua: Penalti +5 mata dan amaran terakhir.
- Kesalahan ketiga: Kemenangan ditarik balik.
2. Overshoot dan Pelanggaran Halangan:
Overshoot (Melebihi Laluan Selekoh):
Peserta yang tersasar laluan (overshoot) dan masuk semula secara berbahaya sehingga menyebabkan perlanggaran akan dikenakan:
- Penalti +5 mata dan amaran rasmi.
- Jika menyebabkan peserta lain terjatuh: Penalti +10 mata dan berisiko penarikan kemenangan.
- Kesalahan kedua kali: Diskualifikasi (DSQ).
Pelanggaran Halangan (Kon/Palang):
Peserta dilarang melanggar kon atau palang dengan sengaja untuk mendapatkan kelebihan.
Jika peserta melanggar kon tanpa sengaja:
- Peserta di belakang tidak dibenarkan mengambil jalan pintas.
- Penalti jika melanggar halangan dengan sengaja:
- +3 mata dan amaran pertama.
- +5 mata untuk kesalahan berulang.
3. Cubaan Bahaya (Tindakan Sengaja Menoleh dan Menghimpit):
Peserta yang menoleh ke belakang secara sengaja dan cuba menghimpit peserta di belakang akan dikenakan:
- +3 mata penalti dan amaran rasmi.
- Kesalahan kedua kali: Penalti +5 mata dan risiko penarikan kemenangan.
TINDAKAN PENJAGA DI LITAR:
Penjaga dilarang memasuki atau menyeberangi litar semasa perlumbaan berlangsung.
Hanya kru rasmi dibenarkan membantu peserta yang terjatuh.
Jika penjaga menghalang atau membantu peserta tanpa arahan kru:
- Peserta akan dikenakan penalti +5 mata.
- Kesalahan kedua: Penalti +10 mata atau penarikan kemenangan.
KEPUTUSAN DAN PENALTI:
- Penarikan Kemenangan:
Jika peserta menerima dua kali amaran dalam satu perlumbaan, kemenangan mereka akan ditarik balik.
Kejadian serius yang menyebabkan peserta lain mengalami kecederaan akan menyebabkan diskualifikasi serta-merta. - Diskualifikasi (DSQ):
Diskualifikasi (DSQ) akan dikenakan sekiranya peserta melakukan kesalahan serius berulang kali.
Tindakan yang dianggap tidak beretika dan membahayakan peserta lain. - Proses Semakan:
Rakaman rasmi sahaja akan digunakan untuk menentukan sebarang kesalahan.
Protes hanya boleh dibuat dalam tempoh 10 minit selepas perlumbaan.
CONTOH PENGIRAAN PENALTI (2 PUSINGAN):
Senario:
- Pusingan 1: Peserta B menghimpit peserta lain dan melanggar kon (2 kesalahan).
Penalti:
- Menghimpit: +3 mata
- Melanggar kon: +3 mata
Jumlah Keseluruhan (Pusingan 1):
- Tempat ke-3 (3 mata) + 3 + 3 = 9 mata
Pusingan 2: Tempat pertama (1 mata) dan tiada kesalahan.
- Jumlah akhir: 9 + 1 = 10 mata keseluruhan.
KELEBIHAN PENAMBAHAN INI:
Menggalakkan Keselamatan: Peserta lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa berlumba.
Keadilan: Semua peserta mempunyai peluang yang sama, dan sebarang tindakan tidak adil dikenakan penalti.
Pengurusan Perlumbaan Lancar: Tindakan penjaga dan peserta dikawal untuk memastikan pertandingan berjalan lancar dan profesional.
DI GARISAN PENAMAT:
1.Kehadiran Penjaga di Kawasan Garisan Penamat:
Penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan kru garisan penamat.
Mana-mana penjaga yang menghalang tugas kru garisan penamat akan menyebabkan peserta di bawah jagaan mereka diberikan amaran rasmi.
Zon larangan sejauh 3 meter dari garisan penamat akan ditetapkan untuk mengelakkan gangguan visual dan teknikal kepada kru dan kamera photo finish.
2. Zon 2-5 Meter Sebelum Garisan Penamat:
Peserta tidak dibenarkan menukar lorong di zon garisan penamat (2-5 meter terakhir) sehingga melepasi garisan penamat sepenuhnya.
Jika didapati menukar lorong sehingga menyebabkan perlanggaran atau gangguan kepada peserta lain:
Amaran rasmi akan diberikan, dan
Kemenangan peserta tersebut akan ditarik balik.
3. Penentuan Pemenang:
Pemenang akan dikira apabila tayar hadapan push bike yang ditunggang melepasi garisan penamat pertama.
Jika peserta tiba di garisan penamat serentak:
Rakaman kamera photo finish akan digunakan untuk menentukan pemenang.
Jika keputusan rakaman menunjukkan seri penuh, kedudukan peserta dalam pusingan sebelumnya akan digunakan.
Contoh: Jika Rider A mendapat tempat pertama dalam separuh akhir dan Rider B di tempat ketiga, Rider A akan diisytiharkan pemenang.
4. Keputusan Selepas Seri Penuh:
Jika tiada perbezaan dalam pusingan sebelumnya, peserta akan diarahkan untuk berlumba semula dalam satu pusingan tambahan.
Jika salah seorang peserta enggan berlumba semula, kemenangan akan diberikan kepada peserta yang ingin memulakan perlumbaan semula.
5. Rakaman Rasmi:
Hanya rakaman rasmi daripada kamera pihak kami yang akan digunakan dalam menentukan kedudukan peserta.
Rakaman peribadi daripada penjaga atau penonton tidak akan diterima dalam sebarang bentuk protes.
6. Status DNF (“Did Not Finish”):
Peserta yang tiba di garisan penamat tanpa menunggang push bike akan dikategorikan sebagai DNF (“Did Not Finish”) dan dianggap tidak menyelesaikan perlumbaan.
7. Arahan Keluar dari Trek:
Peserta hanya boleh keluar dari trek selepas menerima arahan rasmi daripada kru garisan penamat.
Jika penjaga mengeluarkan peserta sebelum arahan diberikan, penjaga dan peserta akan menerima amaran rasmi.
Zon Menunggu Keputusan (Cooling Zone):
- Lokasi Zon Menunggu:
Selepas melepasi garisan penamat, peserta akan diarahkan ke zon menunggu (cooling zone) sementara keputusan rasmi diumumkan.
Zon ini terletak sekurang-kurangnya 2-3 meter dari garisan penamat untuk memastikan tiada gangguan di kawasan kru. - Peraturan di Zon Menunggu:
Peserta perlu berada dalam keadaan teratur dan menunggu keputusan rasmi tanpa mengganggu peserta lain.
Penjaga dibenarkan berada di zon ini, tetapi tidak boleh mengganggu kru atau memasuki kawasan larangan di garisan penamat. - Tempoh Menunggu dan Protes:
Keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa 1-2 minit selepas perlumbaan tamat.
Protes boleh dibuat dalam tempoh 10 minit selepas keputusan diumumkan.
Sebarang protes selepas tempoh 10 minit tidak akan dilayan, dan keputusan pertandingan adalah muktamad.
4. Cara Membuat Protes:
Protes boleh dikemukakan melalui borang digital atau secara langsung kepada Ketua Enforcer.
Hanya protes yang relevan dengan keputusan perlumbaan atau insiden di garisan penamat akan diterima.