
RAKAN LITAR PERLUMBAAN PUSHBIKE PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
RAKAN LITAR
PERLUMBAAN PUSHBIKE
Cabaran perlumbaan untuk pelumba cilik!
📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
📢 MAKLUMAN RASMI — PERUBAHAN TARIKH & KATEGORI
Dimaklumkan bahawa Rakan Litar Perlumbaan Pushbike Peringkat Negeri Sembilan 2026 akan berlangsung sebagai acara tersendiri pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), menggantikan tarikh asal 10 Oktober 2026.
Sehubungan itu, kategori peserta sedia ada akan disemak dan dikemas kini berdasarkan tarikh perlumbaan baharu, termasuk peserta yang telah melepasi tarikh lahir atau berpindah ke kumpulan umur yang lain.
Ibu bapa boleh menyemak kategori terkini anak masing-masing melalui Senarai Nama Peserta setelah kemas kini dibuat.
Peserta yang telah mendaftar tetapi tidak dapat hadir pada tarikh baharu boleh mengemukakan permohonan pemulangan yuran penyertaan kepada pihak penganjur.
🚴 Jom Turun Berlumba!
Sertai Rakan Litar Perlumbaan Pushbike Peringkat Negeri Sembilan 2026. Peluang untuk anak-anak menguji kemahiran, menimba pengalaman perlumbaan dan membina semangat kesukanan bersama rakan-rakan.
5 KATEGORI PERLUMBAAN
🎂 Kategori Mengikut Umur
Penentuan kategori berdasarkan tarikh lahir peserta dengan rujukan tarikh perlumbaan 24 Oktober 2026.
3 TAHUN
4 TAHUN
5 TAHUN
6–7 TAHUN
8–9 TAHUN
Termasuk nombor plat, medal, goodies bag, perlindungan insuran.
🎁 Setiap Peserta Akan Menerima
Termasuk dalam yuran penyertaan RM30.
No. Plate Peserta
Medal Penyertaan
Goodies Bag
Perlindungan Insurans
TOP 12 SETIAP KATEGORI
🏆 Hadiah Pemenang
JUARA
🏆 Piala
💵 Wang Tunai
NAIB JUARA
🏆 Piala
💵 Wang Tunai
TEMPAT KE-3
🏆 Piala
💵 Wang Tunai
TEMPAT KE-4 – 12
🏆 Piala
📌 Maklumat Penting & FAQ
Sila baca sebelum membuat pendaftaran atau menghadiri perlumbaan.
📅 1. Kenapa tarikh perlumbaan berubah?
Perlumbaan telah dijadualkan semula daripada 10 Oktober kepada 24 Oktober 2026 dan akan diteruskan sebagai acara tersendiri, bukan lagi sebahagian daripada sambutan Hari Sukan Negara.
🎂 2. Anak saya belum birthday pada 10 Oktober tetapi sudah birthday pada 24 Oktober. Kategori mana yang digunakan?
Kategori akan ditentukan semula berdasarkan umur peserta pada 24 Oktober 2026. Jika perubahan tarikh menyebabkan peserta memasuki kategori umur baharu, pihak penganjur akan mengemas kini kategori penyertaan mengikut kelayakan terkini.
📋 3. Saya sudah daftar sebelum ini. Perlu daftar semula?
Tidak perlu. Pendaftaran sedia ada akan dikekalkan dan kategori peserta akan dikemas kini jika terdapat perubahan kelayakan umur.
🔎 4. Di mana saya boleh semak kategori baharu anak?
Ibu bapa boleh menyemak kategori terkini melalui Senarai Nama Peserta selepas proses kemas kini selesai. Sila maklumkan kepada pihak penganjur jika terdapat sebarang kesilapan maklumat.
🔄 5. Bagaimana dengan kategori 6–8 tahun yang lama?
Kategori tersebut telah disusun semula kepada 6–7 tahun dan 8–9 tahun. Peserta yang terlibat akan ditempatkan mengikut kategori umur yang bersesuaian berdasarkan tarikh perlumbaan baharu.
💰 6. Saya sudah daftar tetapi tidak dapat hadir pada 24 Oktober. Boleh refund?
Ya. Peserta yang telah mendaftar untuk tarikh asal tetapi tidak dapat hadir pada tarikh baharu boleh mengemukakan permohonan pemulangan yuran penyertaan kepada pihak penganjur. Pemulangan adalah bagi yuran penyertaan sahaja dan tidak termasuk caj sistem atau caj lain yang berkaitan.
🏅 7. Kenapa medal masih menggunakan Hari Sukan Negara?
Medal tersebut telah ditempah lebih awal sebelum perubahan acara dibuat. Oleh itu, medal sedia ada akan tetap diberikan kepada peserta walaupun Rakan Litar kini berlangsung sebagai acara tersendiri.
🎁 8. Apa yang peserta akan terima dengan yuran RM30?
Peserta akan menerima No. Plate Peserta, Medal Penyertaan, Goodies Bag, Perlindungan Insurans.
🏆 9. Berapa ramai pemenang bagi setiap kategori?
Hadiah disediakan untuk Top 12 setiap kategori. Tempat pertama hingga ketiga menerima piala dan wang tunai, manakala tempat keempat hingga kedua belas menerima piala.
🪖 10. Apa kelengkapan keselamatan yang diperlukan?
Peserta wajib menggunakan helmet dan kasut bertutup semasa perlumbaan. Penggunaan sarung tangan serta pelindung siku dan lutut amat digalakkan.
📝 11. Bagaimana jika maklumat peserta tidak tepat?
Sila hubungi pihak penganjur untuk semakan dan pembetulan. Maklumat seperti nama penuh dan tarikh lahir hendaklah tepat bagi mengelakkan kesilapan kategori serta penyediaan dokumen penyertaan.
🏁 Jom Sertai Perlumbaan Pushbike!
📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
🏷️ No. Plate • 🏅 Medal • 🎁 Goodies Bag • 🛡️ Insurans • 📜 E-Sijil
Sila pastikan semua maklumat peserta adalah tepat sebelum membuat pendaftaran.
-
📁 EVENT ITINERARY & PARTICIPANT INFORMATION
- 📎 (Includes event schedule, list of riders, race format, and other resources): https://drive.google.com/drive/folders/1QiPWwcq1CfD4_GrQkat-owlHJ-HJVy4L?usp=sharing



