Dengan menekan butang “Daftar Sekarang”, saya mengesahkan bahawa:
Saya ialah ibu bapa atau penjaga yang sah kepada peserta yang didaftarkan.
Semua maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
Saya telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat Pendaftaran serta Garis Panduan Pertandingan 2026.
Saya mengesahkan bahawa peserta berada dalam keadaan sihat dan layak menyertai pertandingan. Saya bertanggungjawab memastikan peserta tidak menyertai acara sekiranya mengalami demam, kecederaan atau masalah kesihatan yang boleh membahayakan diri atau peserta lain.
Saya memahami bahawa penyertaan dalam pertandingan ini mempunyai risiko kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Walaupun pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan yang munasabah, saya bersetuju bahawa penyertaan adalah atas tanggungjawab sendiri dan saya bertanggungjawab terhadap kebajikan serta keselamatan peserta di bawah jagaan saya sepanjang acara berlangsung.
Saya memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan gambar atau video peserta bagi tujuan dokumentasi, promosi dan publisiti tanpa sebarang tuntutan pada masa hadapan.
Saya memahami bahawa pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan barangan peribadi sepanjang acara berlangsung.
Saya memahami bahawa pihak penganjur tidak lagi menghantar notifikasi atau makluman pendaftaran secara individu melalui WhatsApp.
Saya bertanggungjawab memastikan alamat e-mel yang dimasukkan adalah betul dan aktif kerana pengesahan pendaftaran, makluman penting, kemas kini acara dan informasi berkaitan akan dihantar melalui e-mel dan saluran komunikasi rasmi pihak penganjur.
Sila semak alamat e-mel anda sebelum meneruskan pendaftaran. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya makluman tidak diterima akibat alamat e-mel yang salah atau tidak aktif.