TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PUSHBIKE
SILA BACA DENGAN TELITI
- Ini adalah Terma dan Syarat semasa pendaftaran pertandingan Push Bike 2024 yang di kelola oleh Push Bike Pro Malaysia.
- Penjaga mestilah mengisi butiran peribadi peserta dengan tepat dan betul. Pihak kami tidak teragak-agak untuk membatalkan penyertaan peserta dan menarik hadiah kemenangan semula jika terdapat sebarang penipuan semasa pendaftaran.
- Langkau umur (Kategori) tidak dibenarkan & kategori yang salah tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
- Wang penyertaan tidak dikembalikan jika peserta menarik diri sebelum pertandingan atau semasa pertandingan berlangsung. Akan tetapi goodies beg, baju serta medal finisher tetap diberikan kepada peserta yang mendaftar.
- Peserta yang telah mendaftar tidak dibenarkan menjual slot kepada peserta lain tanpa persetujuan pihak kami. Jika didapati berbuat demikian, peserta yang menggantikan slot peserta tersebut tidak di benarkan menyertai pertandingan.
- Akan tetapi atas budi bicara pihak kami, penjualan atau pertukaran slot kepada peserta lain hanya boleh dilakukan 7 hari sebelum tarikh pertandingan berlangsung. Selepas dari itu, pihak kami tidak akan melayan pertukaran slot kepada peserta lain. Anggap jelah sebagai yuran kelemahan dalam menguruskan masa peserta.
- Penalty for Late Registration RM5 akan dikenakan jika ada peserta yang ingin mendaftar selepas dari tarikh tutup pendaftaran. Jika pertandingan itu peserta dapat baju, size baju adalah random.
- Untuk pendaftaran lewat, pihak kami hanya menerima pendaftaran 4 hari sebelum tarikh pertandingan berlangsung. Selepas dari itu, pihak kami tidak akan menerima pendaftaran lagi.
- Pertukaran slot rider semasa hari pertandingan tidak dibenarkan lagi sama sekali. Jika didapati berlaku peserta terbabit tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut.
- Jika peserta tidak hadir pada hari pertandingan, penjaga boleh meminta wakil untuk mengambil goodies dan no plate atau boleh meminta pihak kami untuk mengeposkan goodies tersebut..cas postage dikenakan sebanyak Rm10.
- Penambahan slot bagi setiap kategori bergantung format pertandingan. Kami berhak menambah atau mengurangkan slot bergantung kepada jumlah keseluruhan peserta.
- Kami juga berhak untuk menunda tarikh dan masa pertandingan diatas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan dan wang penyertaan akan dikembalikan bergantung pada budi bicara kami.
- Penjaga atau pengunjung tidak di benarkan berniaga di tapak pertandingan tanpa kebenaran pihak kami.
- Penjaga dan peserta haruslah sama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuat sisa makanan atau sampah merata-rata di kawasan pertandingan.
- Sebarang pemasangan khemah atau menaikkan flag beach di kawasan pertandingan haruslah mendapat kebenaran kami terlebih dahulu.
- Kami berhak meminda terma dan syarat serta garis panduan tanpa sebarang notis.
- Jika bersetuju dengan terma dan syarat diatas dan garis panduan di bawah, sila buat bayaran seperti yang telah di tetapkan untuk setiap kategori dan mestilah dibayar terus semasa mengisi borang. Tiada slot di simpan jika bayaran tidak dapat dibuat sebelum tarikh tutup pendaftaran yang ditetapkan. Penyertaan adalah terhad.
- Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi 019-3329269 admin atau boleh email ke pushbikepro.malaysia@gmail.coma
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN PUSHBIKE
SILA BACA DENGAN TELITI
- Ini adalah garis panduan pertandingan Push Bike 2024 yang di kelola oleh Push Bike Pro Malaysia.
- Setiap peserta mestilah menggunakan basikal imbang
- tayar bersaiz 12 inci atau 10inci,
- handle juga tidak melebihi 450mm,
- tiada screw atau besi – besi tajam pada basikal yang boleh mendatangkan kecederaan.
- basikal mestilah diselenggara dengan sempurna bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini berlaku.
- Semua jenama basikal push bike dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
- Jika ada pertandingan yang telah di maklumkan hanya frame-fork dan wheelset aloi dan besi sahaja dan carbon tidak di benarkan haruslah mengikuti syarat tersebut. Jika tiada makluman untuk pertandingan tersebut semua jenis push bike di benarkan.
- Setiap peserta mestilah memakai helmet (WAJIB), kasut (WAJIB), glove dan padding ( WAJIB ) baju lengan panjang, seluar panjang mengikut keselesaan. Jika didapati peserta tidak memakai helmet dan kasut, pihak kami tidak membenarkan peserta menyertai pertandingan.
- Untuk pengetahuan penjaga, segala keselamatan pelumba-pelumba diatas tanggungan ibu bapa masing-masing. Pihak kami tidak bertanggujawab diatas segala kesulitan dan kecederaan yang dialami ketika pertandingan mahupun diperkarangan tapak pertandingan.
- Pihak kami akan menyediakan Medic dan peralatan perubatan ditempat pertandingan untuk kecederaan-kecederaan ringan sahaja. sila pastikan peserta dalam keadaan sihat sebelum menyertai pertandingan.
- Layout track bergantung pada lokasi pertandingan. Jika kawasan yang di beri runag terhad kecil la track yang di sajikan. kami akan cuba menyajikan track yang terbaik untuk semua peserta yang mendaftar event kami.
- Sila sahkan kehadiran peserta di meja pendaftaran peserta. kaunter kehadiran akan di buka 30 minit sebelum pertandingan bermula. jika pertandingan telah bermula, peserta di anggap tidak hadir dan kami tidak akan menunggu peserta lewat.
- Penggunaan komunikasi radio antara pesaing, ibu bapa, atau jurulatih adalah dilarang.
- Pertengkaran di dalam kawasan pertandingan, seperti penderaan lisan atau kecederaan fizikal, boleh di kenakan tindakan undang-undang serta perlu membayar ganti rugi jika melibatkan kerosakan dalam kawasan pertandingan.
- Sebarang pelanggaran peraturan di bawah boleh mengakibatkan peserta tidak dapat meneruskan pertandingan.
- Pihak kami berhak meminda syarat dan peraturan serta garis panduan tanpa sebarang notis. Segala keputusan kami adalah muktamad.
- Segala bantahan atas budi bicara kami.
SEMASA BERADA DI PINTU PERMULAAN.
- Semua peserta perlu bersedia 5minit awal sebelum kategori bermula. Semua heat akan dijalankan berturut tanpa rehat sehingga semua heat selesai. Selepas selesai heat rehat diberikan selama 5 minit sahaja untuk persediakan peserta untuk pusingan seterusnya.
- Emcee akan panggil nama peserta sebanyak 3 kali sahaja sebelum pusingan bermula.
- Jika peserta tidak hadirkan diri di permulaan, kami kategorikan sebagai DNS “Did Not Start” tidak memulakan pertandingan dan tiada pusingan seterusnya untuk peserta tersebut.
- Semua peserta mesti bermula di nombor petak yang telah ditentukan dalam format pertandingan. Tiada sebarang undi nombor petak atau penukaran nombor petak dalam pertandingan ini.
- Susunan peserta bagi setiap kategori adalah mengikut tarikh lahir atau tahun lahir bergantung pada pertandingan, iaitu peserta awal bulan/tahun lahir akan berada di baris atas dan akhir bulan/tahun akan diletakkan di baris akhir.
- Semua peserta boleh dibantu oleh penjaga di kawasan permulaan sahaja. Hanya seorang penjaga dibenarkan berada di kawasan permulaan.
- Apabila emcee memberitahu peserta untuk bersedia, penjaga tidak dibenarkan menyentuh peserta dan harus turun dan keluar dari pintu permulaan. Penjaga perlu menjarakkan sekurangnya 1meter kebelakang dari peserta.
- Jangan bercakap dengan peserta apabila lagu permulaan telah dimainkan sehingga pintu permulaan di buka.
- Ketiga-tiga mata, roda hadapan bawah, roda belakang bawah, dan hadapan roda hadapan, mesti bersentuhan dengan pintu permulaan dari masa isyarat mula berbunyi sehingga saat pintu permulaan bergerak buka.
- Jika seorang peserta melakukan kesalahan tersebut, maka pihak pengadil harus mengulang semula pertandingan tersebut dan peserta yang melakukan kesalahan tersebut akan diberikan amaran yang pertama.
- Walau bagaimanapun, ini tidak terpakai kepada peserta yang dinilai mengalami kesukaran melakukan perkara ini, seperti dalam kategori 2-3 tahun.
- Rujuk gambar rajah dibawah :
Selepas pelepasan dan pintu permulaan dibuka
- Penjaga tidak dibenarkan berada di dalam trek semasa pertandingan. Kami boleh membenarkan pengecualian kepada peraturan ini untuk kategori 2 tahun semasa head sahaja semi final dan final tidak dibenarkan. Penjaga perlu berada di belakang peserta dan bukan di hadapan peserta.
- Jika didapati penjaga menolak peserta, amaran akan di berikan kepada penjaga dan jika berulang lebih dari 3 kali peserta tidak di benarkan meneruskan pertandingan.
- Di hadapan pintu perlepasan di setiap nombor petak mempunyai garisan kuning atau merah yang menunjukkan lorong yang akan dilalui oleh setiap peserta.
- Tayar peserta tidak boleh melepasi garisan kiri dan kanan yang ditetapkan sekurang-kurangnya 1 meter dari pintu permulaan.
- Peserta harus keluar mengikut lorong tersebut terlebih dahulu sehingga melepasi garisan kiri dan kanan tersebut.
- Peserta tidak dibenarkan menyeberangi garisan kiri dan kanan tersebut sehingga menyebabkan peserta lain terhimpit diawal permulaan perlepasan.
- Jika seorang peserta melakukan kesalahan tersebut, maka pihak pengadil harus mengulang semula pertandingan tersebut dan peserta yang melakukan kesalahan tersebut akan diberikan amaran yang pertama.
- Jika peserta jatuh atas kesilapan sendiri semasa keluar pintu pelepasan atau semasa melepasi garisan lorong, pertandingan akan diteruskan tanpa harus mengulang semula pertandingan.
- Walaubagaimanapun, ini tidak terpakai kepada peserta yang dinilai mengalami kesukaran melakukan perkara ini, seperti dalam kategori 2 tahun.
- Rujuk gambar rajah dibawah :
Semasa berada di dalam litar
- Semasa dalam pertandingan, peserta dilarang daripada menghimpit, menendang, atau merempuh peserta lain dengan sengaja.
- Peserta juga dilarang melanggar kon dan palang dengan sengaja untuk mengambil jalan pintas dan menghalang peserta lain daripada mengejar.
- Apabila peserta dihadapan melanggar kon dengan sengaja atau tidak, peserta dibelakang tidak boleh mengambil jalan pintas untuk mengelak kon yang telah di robohkan.
- Peserta yang menoleh belakang dengan sengaja kemudian cuba menghimpit peserta lain yang berada belakangnya di anggap perkara ini disengajakan dan membahayakan peserta lain. Amaran akan di berikan kepada peserta terbabit.
- Penjaga dilarang memasuki track, menyeberangi track semasa pertandingan sedang berlangsung.
- Hanya crew sahaja di benarkan membantu peserta yang jatuh.
- Sebarang kejadian yang berlaku di dalam litar, hanya ketua pengadil sahaja berhak membuat keputusan.
- Peserta dan penjaga yang dinilai melakukan salah laku seperti diatas akan diberi amaran keras dan keputusan penarikan kemenangan peserta akan di buat jika amaran telah di berikan sebanyak 2 kali.
Semasa berada di garisan penamat
- Penjaga tidak boleh berada di kawasan crew garisan penamat. Penjaga yang menghalang tugas crew garisan kami, peserta kepada penjaga tersebut akan di berikan amaran.
- Di kawasan (zone) garisan penamat peserta tidak di benarkan menukar lorong sehingga tiba ke garisan penamat. Jika didapati berbuat demikian sehingga menyebabkan perlanggaran, amaran akan di kenakan dan kemenangan akan di tarik.
- Pemenang akan dikira apabila tayar hadapan push bike di tunggang melepasi garisan penamat. Garisan yang pertama di garisan penamat.
- Jika peserta sampai ke garisan penamat sama dengan peserta lain dan penentuan dari kamera rakaman masih menunjukkan seri, keputusan akan di ambil dari keputusan peserta pada pusingan sebelumnya. Contoh semi final rider A posisi no 1 n rider B semi final posisi no 3 , kami akan memilih pemenang rider A sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.
- Hanya rakaman dari pihak kami sahaja akan diguna pakai dalam menentukan kedudukan peserta.
- Peserta yang sampai ke garisan penamat tanpa menunggung basikal akan di kategorikan sebagai DNF “Did Not Finish” tidak selesaikan pertandingan.
- Peserta akan di keluarkan dari track selepas mendapat arahan dari pihak crew garisan penamat. Jika penjaga mengeluarkan peserta sebelum arahan di keluarkan penjaga dan peserta akan diberikan amaran.
- Segala protes boleh dilakukan selepas pertandingan dan hanya 10minit sahaja masa diberikan selepas pertandingan untuk membuat sebarang protes. Jika selepas 10 minit sebarang protes atau perkara berbangkit tidak akan dilayan.
Telah Di Kemaskini Pada 31/8/2024